Jumlah kelahiran di Malaysia menurun

Jumlah kelahiran di Malaysia menurun

Jumlah kelahiran di Malaysia sehingga suku tahun pertama 2024 merekodkan penurunan sebanyak 9.4 peratus, iaitu 106,386 kelahiran berbanding 117,413 kelahiran pada suku tahun pertama 2023.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, secara purata seorang bayi dilahirkan pada setiap minit, 49 bayi bagi setiap jam dan 1,182 bayi dilahirkan sehari pada suku tahun pertama 2024.



“Bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 54,747 kelahiran berbanding 51,639 kelahiran. Selangor mencatat bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,951 kelahiran (18.8 peratus).

“Jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan oleh Labuan (323 kelahiran: 0.3 peratus),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau mengulas laporan Jabatan Perangkaan Malaysia berkaitan Perangkaan Demografi yang memaparkan data penduduk, kelahiran hidup dan kematian bagi suku tahun pertama 2024.

Mohd. Uzir berkata, ibu berumur 30 hingga 39 tahun merekodkan kelahiran tertinggi iaitu 55,864 (52.5 peratus) diikut ibu berumur 20 hingga 29 tahun (40 peratus), 40 tahun dan lebih (enam peratus) dan kurang 20 tahun (1.5 peratus)



Kata beliau, Melayu menyumbang 68.8 peratus (73,136 kelahiran) daripada jumlah kelahiran pada suku tahun pertama 2024, manakala kelahiran bagi Cina dan India masing-masing menurun kepada 8.8 peratus dan 3.7 peratus.

“Bumiputera lain pula merekodkan peningkatan kepada 12.7 peratus pada suku tahun pertama 2024,” katanya.

Penduduk Malaysia 34 juta orang

Penduduk Malaysia sehingga suku pertama tahun ini dianggarkan seramai 34 juta iaitu peningkatan 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 seramai 33.2 juta.



Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan itu disumbangkan oleh pertambahan semula jadi yang positif bagi warganegara dan juga pertambahan bukan warganegara.

“Jumlah penduduk ini merangkumi 30.6 juta (90 peratus) warganegara dan 3.4 juta (10 peratus) bukan warganegara. Penduduk lelaki meningkat kepada 17.8 juta daripada 17.4 juta pada suku tahun pertama 2023 dan perempuan meningkat kepada 16.1 juta daripada15.8 juta bagi tempoh yang sama.

“Secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. K Online

Jumlah kelahiran di Malaysia menurun



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amy keterlaluan – Din Search



Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular

Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam



Muaz dilarang masuk Singapura?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker