Lelaki cabul pelajar IPT ditahan polis

Lelaki cabul pelajar IPT ditahan polis

Seorang lelaki ditahan polis di Pandan Jaya, di sini, semalam kerana disyaki mencabul seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya.

Suspek yang berusia 33 tahun itu didakwa memegang punggung mangsa yang berumur 22 tahun sebelum melarikan diri.



Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu Jumaat lalu, mangsa bersama dua lagi rakannya menggunakan jejantas yang menghubungkan stesen sistem transit aliran ringan (LRT) Pandan Jaya untuk pulang ke rumah mereka.

“Bagaimanapun tiba-tiba dia merasa disentuh dan diraba seseorang dari belakang sebelum mangsa melihat suspek seorang lelaki melarikan diri selepas melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Trauma dengan kejadian itu, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah beliau, bertindak atas aduan mangsa, pasukan Task Force Balai Polis Pandan Indah berjaya menjejaki seorang lelaki di kawasan LRT Pandan Jaya sebelum menahannya.



Menurut Mohamad Farouk, semakan awal polis mendapati suspek memiliki tiga rekod jenayah lampau namun tidak dikehendaki polis.

“Suspek juga dilibatkan dalam ujian saringan air kencing tetapi mendapati negatif dari dadah,” ujarnya.

Mohamad Farouk berkata, suspek kini ditahan untuk membantu siasatan polis yang dijalankan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu, katanya. MG



Lelaki cabul pelajar IPT ditahan polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)



“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker