Ustaz Kazim mohon maaf

Patuh amanat arwah ibu

Ustaz Kazim mohon maaf

Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias memohon maaf kepada pengundi kerana menarik diri sebagai calon Barisan Nasional Parlimen Larut.

Beliau berkata, penarikan diri itu kerana mengikuti amanat arwah ibu supaya tidak bertanding satu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dengan saudara sendiri.

Mohd Kazim berkata, beliau telah menyatakan syarat tersebut kepada kepimpinan UMNO pusat ketika beliau ditawarkan untuk menjadi calon.

“Sebelum saya menerima tawaran, pelawaan daripada kepimpinan UMNO negeri dan pusat. Saya menyatakan bahawa saya mempunyai satu prinsip bahawa kalau saya bertanding saya tak mahu melibatkan ahli kelaurga dalam satu Parlimen dan DUN.

“Itu saya punya prinsip dan ia diamanahkan oleh arwah ibu saya kepada kami, khususnya kepada saya,” katanya.

Menurut beliau, sebelum bersetuju untuk menjadi calon dia juga telah berbincang dengan ahli keluarga mengenai tawaran itu.

Mohd. Kazim berkata, beliau dan abangnya Datuk Mohd Najmuddin Elias yang menjadi calon Perikatan Nasional tidak menyedari bahawa masing-masing telah menandatangni watikan dan akujanji daripada parti yang diwakili.

Mohd Najmuddin bertanding di Dewan Undangan Negeri Batu Kurau yang terletak dalam Parlimen Larut.

“Jadi bila bincang sama ada saya yang nak tarik diri atau dia yang hendak tarik diri sehingga maghrib sebelum pengumuman itu, ya lah saya menghormati sebagai satu keluarga saya beri laluan kepada abang saya untuk bertanding.

“Sebagai seorang adik saya kena hormat dan maklumkan. Sebab itu adalah perjanjian yang saya maklumkan kepada UMNO negeri dan BN. Saya tidak akan bertanding sesama keluarga kerana ia boleh menimbulkan persepsi sesama masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, banyak ahli keluarga dan anak murid ibu bapanya berada di Parlimen Larut.

Mohd. Kazim berkata, beliau telah menghantar surat penarikan diri sebagai calon kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum pengumuman dibuat.

Namun surut tersebut hanya sampai selepas Ahmad Zahid membuat pengumuman.

Mohd. Kazim berkata, beliau sudi memenuhi jemputan semua pihak dan parti politik untuk memberi ceramah agama ketika pilihan raya berlangsung.

Namun dengan syarat ketika ceramah agama disampaikan tidak ada lambang parti terpampang dan ahli politik tidak membuat ucapan ketika majlis ilmu berlangsung.

Sementara itu, wakil BN Datuk Zamil Ibrahim yang turut berada semasa sidang media berlangsung di Pusat Tahfiz Darul Barakah berkata, parti berterima kasih kepada Mohd. Kazim kerana menarik diri lebih awal.

Kata beliau, sekiranya pendakwah bebas itu membuat keputusan menarik diri pada hari pencalonan ia boleh memberi kesan terhadap BN. MG

Ustaz Kazim mohon maaf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker