Danny X-Factor tak malu bawa Grab, pendapatan cecah RM500 sehari

Danny X-Factor tak malu bawa Grab, pendapatan cecah RM500 sehari

Penyanyi dan pelakon, Danny X-Factor, 42, tidak malu berkongsi lebih suka memandu Grab kerana menerima pendapatan lebih lumayan.

Danny atau nama sebenarnya, Mohd Kardanie Anwa, 42, berkata dia sudah lima tahun menjadi pemandu Grab dan itulah pekerjaan yang menjadi penyelamat sepanjang era pandemik COVID-19.



“Saya buat semua kerja, saya memandu Grab, jual burger, minyak masak dan banyak lagi. Nak malu apa, asalkan saya cari rezeki halal dan tidak menipu orang.

“Sebenarnya, saya bekerja pemandu Grab sejak 2017. Inilah kerja yang menyelamatkan saya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

“Ketika PKP, isteri yang bekerja sebagai pramugari tidak ‘terbang’, jadi gaji pun tiada.

“Di situlah, kerja sebagai pemandu Grab banyak membantu saya. Kalau diikutkan, pendapatan pemandu Grab lebih lumayan daripada kerjaya seni.



“Pendapatan saya boleh cecah antara RM400 sehingga RM500 setiap hari,” katanya kepada BH Online.

Tambah Danny, dia selesa dan seronok memandu Grab kerana merasakan pekerjaan itu lebih menyenangkan hati.

“Bila memandu Grab, saya bertenang dan dapat berjumpa rakan, berborak dan sebagainya. Saya memandu Grab selepas melihat rakan sekeliling buat pekerjaan sama dan akhirnya rasa seronok.

“Bayangkan, ketika penggambaran pun saya nak habis cepat sebab saya mahu memandu Grab.



“Namun, saya berehat sekejap daripada memandu Grab kerana sibuk dengan lakonan dan kerja lain dalam industri seni. Alhamdulillah,” katanya.

Kata Danny, dia lebih aktif kerja di balik tabir sebagai pembantu penerbit dan akan tampil dengan filem baharu berjudul Janna Endoro, tahun depan.

Danny pernah mencipta kemasyhuran bersama kumpulan X-Factor yang dianggotai oleh Fendi, Zack, Shah dan Ivarn.

Selain drama Sehangat Api, 7251364 dan Tak Sanggup, Danny turut membintangi filem Seri Dewi Malam, Idola, No Problem, KL Menjerit 1 dan banyak lagi. BH



Danny X-Factor tak malu bawa Grab, pendapatan cecah RM500 sehari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman



Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker