Menggalas harapan jutaan ahli Barisan Nasional

Menggalas harapan jutaan ahli Barisan Nasional

Menggalas harapan jutaan ahli Barisan Nasional

Menggalas harapan jutaan ahli Barisan Nasional (BN) melihat gabungan politik ini kembali bangkit sesudah PRU14 bukan suatu tugas yang mudah.

Pelbagai pahit getir dan ranjau duri diharungi satu demi satu sepanjang empat tahun yang lalu sangat menguji ketahanan diri pemimpinnya yang setia.



Berdepan pengkhianatan, tekanan demi tekanan, kezaliman demi kezaliman namun menganugerahkan sesuatu yang amat berharga kepada kita semua.

Bahawa kesabaran, kejujuran, keikhlasan dan meyakini ketentuan Ilahi dalam sebuah perjuangan nan luhur bukan sesuatu yang serampangan atau sia-sia.

Kisah itu barangkali cuma sebahagian daripada peristiwa besar perjuangan BN selangkah demi selangkah menggamit kebangkitan selepas 9 Mei 2018.

Sedangkan yang lebih mustahak adalah tentang kesungguhan dan keyakinan para ahli akar umbi BN yang tidak sesekali mengenal erti mengalah dan berundur.



Kini PRU15 menjelang tiba. Ia destinasi yang kita tujui bersama dengan keringat dan semangat membara untuk menebus kebenaran dan kemenangan.

Usah menoleh lagi dan terus melangkah ke hadapan bagi mengangkat semula BN sebagai sebuah kerajaan dominan demi masa depan Malaysia stabil dan makmur.

Sederap kita mara lebih tangkas, tersusun, sehati sejiwa untuk menyatakan BN adalah pilihan terbaik untuk diyakini oleh rakyat pada 19 November 2022.

Kepada Tuhan Yang Maha Esa jua kita memohon bantuan dan pertolongan selepas segala daya upaya. Insya-Allah berkat keazaman bersama kita beroleh kejayaan.



#PRU15

#KiniMasanya

#MalaysiaMemilih

#Sederap



#YakiniBN

#DemiKestabilan

#DemiKemakmuran

#demikesejahteraan



 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hanya Najib Mampu Letakkan Ekonomi Malaysia Lebih Tinggi Dari Singapura



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker