BN akan menoktahkan budaya politik dendam – Asyraf

#PRU15

BN akan menoktahkan budaya politik dendam – Asyraf

Barisan Nasional (BN) akan menitiknoktahkan budaya politik dendam dan benci sekiranya rakyat memberi mandat kepada parti itu untuk mentadbir negara semula selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu dikongsikannya dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin dalam pertemuan semalam.



“Saya juga berkongsi pendirian BN jika diberikan mandat akan menitik-noktahkan budaya politik dendam dan benci hingga negara dan rakyat dipaksa terheret sama dalam kebobrokan politikus yang menghabiskan masa melondeh aib dan mencari kesalahan musuh politik yang berbeza pendirian dan pandangan,” katanya menerusi catatan di Facebooknya.

Asyraf Wajdi berkata, pertemuan empat mata dengan Asri itu membincangkan mengenai keperluan untuk kerajaan masa hadapan, dibentuk bukan sahaja bersih berintegriti, bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Malah, katanya, sebuah kerajaan melangkaui ideologi sectorial yang bersifat jumud dan eksklusif.

“Sebaliknya hayat sesebuah kerajaan dan tamadun hanya mampu dipanjangkan jika prinsip dan nilai toleransi dan kesederhanaan menjadi teras dalam pemerintahan dan pentadbiran,” tambahnya. MG



BN akan menoktahkan budaya politik dendam – Asyraf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman



Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker