Shahril persoal pelantikan hakim zaman PH tak ikut prosedur

Shahril persoal pelantikan hakim zaman PH tak ikut prosedur

Ketua Penerangan BN, Shahril Hamdan mendakwa hasil siasatan pasukan petugas khas terhadap buku Tommy Thomas mendedahkan kegagalan Pakatan Harapan (PH) mengotakan janjinya berhubung kebebasan badan kehakiman.

Dalam satu kenyataan hari ini, Shahril berkata laporan itu mendedahkan bahawa perdana menteri dan peguam negara tidak boleh mengesyorkan pelantikan hakim daripada senarai yang tidak disediakan oleh Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman (JAC).



Sebaliknya, kata Shahril, pasukan petugas khas itu mendedahkan Thomas telah melakukan tindakan meragukan dalam pelantikan jawatan tertinggi kehakiman selepas Julai 2018.

“Pelantikan pemegang jawatan tertinggi dalam institusi kehakiman negara pada Julai 2018 adalah individu-individu yang dipersetujui dalam perbincangan sulit antara Tommy Thomas dan Tun Mahathir, yakni pelantikan untuk Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

“Nama-nama tersebut berbeza dari pilihan Suruhanjaya Pelantikan Hakim.

“Ini bercanggah dengan peruntukan undang-undang khususnya Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di mana – seperti ditegaskan dalam muka surat 38-40 laporan pasukan khas – seorang perdana menteri tidak mempunyai kuasa untuk memilih calon hakim untuk mahkamah-mahkamah seperti di atas.



“Sebaliknya, sebarang nama yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong hendaklah berasaskan cadangan dari Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Menurut Shahril, PH menang pada PRU14 dengan laungan dan slogan menambahbaik tadbir urus, mengurangkan salah guna kuasa dan campur tangan dalam kehakiman.

“Hari ini terbongkar satu lagi kegagalan dan penipuan PH.

“Terang-terang, satu prosedur dan undang-undang yang dibuat zaman Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) untuk memperkasa sistem kehakiman dan memperkuat pemisahan kuasa antara cabang eksekutif dan kehakiman telah dikesampingkan dengan sewenang-wenangnya,” katanya.



Kabinet menubuhkan pasukan petugas khas itu tahun lepas untuk menyiasat buku Thomas bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang menceritakan pengalamannya sebagai peguam negara.

Laporan pasukan petugas itu telah dinyahsulit oleh kabinet pada 30 Sept dan dibuka untuk bacaan umum malam tadi.

Pasukan petugas khas itu antara lain mengesyorkan kerajaan meminda Seksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

Ini bagi melarang perdana menteri menasihati Agong mengenai pelantikan mana-mana orang ke jawatan kehakiman di mahkamah tinggi yang tidak dipilih dan disyorkan oleh Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman (JAC).



Pasukan petugas khas itu berkata, undang-undang juga harus menghalang perdana menteri daripada berperanan dalam pelantikan empat ahli “terkemuka” JAC.

Mereka juga mengesyorkan penambahbaikan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan untuk menghalang peguam negara daripada terlibat dalam pelantikan pegawai kehakiman. Mk

Shahril persoal pelantikan hakim zaman PH tak ikut prosedur


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk



Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker