Hati-hati Supaya Tidak Dimanipulasi, Menjelang PRU Lebih Banyak Laporan Dihidang – Ahmad Zahid

“Sumber itu boleh jadi siapa sahaja. Mungkin pihak yang mempunyai muslihat tertentu untuk berita itu disiarkan

Hati-hati Supaya Tidak Dimanipulasi, Menjelang PRU Lebih Banyak Laporan Dihidang – Ahmad Zahid

“Menjelang PRU15 saya jangkakan lebih banyak laporan tentang BN menggunakan sumber akan dihidangkan kepada rakyat, maka berhati-hatilah supaya kita tidak mudah dimanipulasi oleh pihak yang berselindung di sebalik nama `sumber’.”

Demikian tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berharap rakyat Malaysia berhati-hati apabila dihidangkan dengan berita tentang Barisan Nasional (BN) yang mendakwa memetik sumber.

“Sumber itu boleh jadi siapa sahaja. Mungkin pihak yang mempunyai muslihat tertentu untuk berita itu disiarkan. Mungkin sahaja berita itu disasarkan akan menyumbang kepada kepentingan ‘sumber’ atau rakan subahatnya.

“Sebagai contoh berita yang memetik sumber konon saya tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Saya sebagai Pengerusi BN sentiasa menghormati kebebasan media untuk melaporkan berita.

“Saya sebagai insan amat memahami keperluan media melaporkan bahan untuk meraih perhatian pembaca. Bagaimanapun sebagai pembaca perlulah kita meneliti sama ada laporan itu telah dilaporkan dengan asas yang kukuh,” katanya menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya, hari ini.

Ujarnya, dengan hanya berdasarkan sumber atau khabar angin bermakna maklumat tersebut ketiadaan asas yang tepat.

“Pengalaman PRU14 pada 9 Mei 2018 harus menjadi panduan dan tauladan dalam menilai sesuatu maklumat,” katanya lagi. – UMNO Online

Hati-hati Supaya Tidak Dimanipulasi, Menjelang PRU Lebih Banyak Laporan Dihidang – Ahmad Zahid

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker