12 Tahun Mualaf, Penyanyi Indonesia Marcell Akhirnya Temui Ketenangan Dalam Islam

12 Tahun Mualaf, Penyanyi Indonesia Marcell Akhirnya Temui Ketenangan Dalam Islam

PENYANYI Indonesia, Marcell akui selama ini ramai yang tidak pasti dengan pegangan agamanya sedangkan dia sudah memeluk Islam sejak 12 tahun yang lalu.

Menurut Marcell, 45, bukan kerana dia menyembunyikan perihal berkaitan kepercayaan agama atau spiritual itu sebaliknya dia akui bukan mudah buat dirinya berkongsi secara terbuka.



“Kerana sejak dahulu, pencapaian spiritual itu bukan sesuatu yang bukan saya boleh kongsi dengan kebanyakan orang.

“Apatah lagi, saya jenis orangnya banyak belajar latar agama dan kepercayaan. Saya memperlajari banyak kebaikan-kebaikan dari setiap kepercayaan.

“Jadi, untuk berkongsi perkara seperti ini tidak gampang (mudah). Tidak semua orang boleh terima,” katanya kepada Astro Gempak.

Marcell atau nama lengkapnya Marcellius Kirana Hamonangan Siahaan itu berkata demikian selepas sidang media konsert Marcell Dua Dekade Live in Kuala Lumpur di ibu negara, semalam.



Pelantun lagu Jangan Pernah Berubah itu memberitahu Islam akhirnya membuka jalan dirinya bertemu ketenangan hidup.

“Kita harus buka membuka itu (tenang) untuk datang. Kalau kita sudah menutup diri dalam erti dengan kesombongan dan ketikdakikhlasan, ketenangan tidak akan datang.

“Percayalah. Jangan sampai kita anggap bahawa kedamaian jiwa, kebahagiaan bahkan kasih sayang sesuatu yang patut dikejar. Ia ada di mana-mana. Hanya tinggal kita buka ‘jendela-jendelanya’, ia akan datang dengan sendiri.

“Kalau jendala yang saya maksudkan itu dibuka, bermakna kita sudah ikhlas melepaskan. Kita perlu nikmati ibadah kita. Dalam solat, tahajud atau apapun atau puasa, nikmati momennya.



“Puasa itu tidak bermakna menahan lapar. Solat itu bukan hanya satu rutin yang dilakukan depan sejadah. Atau fikir surah al-Fatihah itu hanya sekadar surah pembuka al-Quran,”ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan Marcell yang juga suami kepada aktres dan model jelita, Rima Melati Adams pernah beberapa kali berpindah kepercayaan, khususnya agama.

Konsert Marcell Dua Dekade Live in Kuala Lumpur anjuran The Jay Events & Media bakal berlangsung pada 9 Disember 2022 bertempat di Zepp KL.

Tiket harga bermula RM288 hingga RM7,888 kini mula terjual menerusi www.myticketasia.com. – Gempak



12 Tahun Mualaf, Penyanyi Indonesia Marcell Akhirnya Temui Ketenangan Dalam Islam

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker