PRU15: Tidak Salah Ahmad Zahid Bertanding …

Siapa kita untuk menidakkan hak demokrasi dalam Malaysia?

PRU15: Tidak Salah Ahmad Zahid Bertanding …

SAYA mulakan tulisan ini dengan persoalan, salahkah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini?

Persoalan ini dibangkitkan kerana terdapat dakwaan di media sosial dan media arus perdana walaupun ia telah dinafikan oleh pembantu Presiden UMNO itu bahawa Ahmad Zahid tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandangnya sejak empat penggal lalu dalam PRU15 ini.



Dalam sistem demokrasi negara, tidak salah untuk Ahmad Zahid bertanding PRU15 kerana beliau belum disabit kesalahan walaupun sedang didakwa di mahkamah.

Untuk kes pertama dihadapinya, Ahmad Zahid dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Kes kedua berhubung kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi, ia masih lagi berlangsung di mahkamah dan bukan halangan untuk Ahmad Zahid bertanding.

Siapa kita untuk menidakkan hak demokrasi dalam Malaysia?



Jika kerana kes mahkamah dihadapi dan pelbagai pihak berpandangan Ahmad Zahid tidak wajar bertanding PRU15, ia tidak adil kerana kenapa Presiden UMNO sahaja diminta atau dicadangkan berbuat demikian?

Pemimpin pembangkang pun ada yang sedang berdepan kes mahkamah seperti Lim Guan Eng dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Mereka juga sewajarnya diminta supaya tidak bertanding pada PRU15 kali ini.

Apatah lagi masyarakat dan penduduk di Parlimen Bagan Datuk masih memerlukan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Ahli Parlimen mereka.

Saya melihat ini sebenarnya spekulasi sesetengah pihak yang bertujuan memecahbelahkan BN khususnya dalam kalangan pimpinan UMNO.



Mereka sedar bahawa UMNO kini berada pada prestasi cukup baik untuk berdepan PRU15 dan dengan cara memecahbelahkan UMNO dari dalam dapat mengalahkannya.

UMNO bukan parti yang cakap tidak serupa bikin,kota apa yang dikatakan termasuk keputusan mengekalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri jika BN menang PRU15 kali ini.

UMNO bukan seperti pembangkang, manifesto pun mereka gagal tunaikan dan apabila dituntut, ia dikatakan bukan kitab suci yang wajib dipatuhi. UO

Ahmad Mukhlis
Ahli UMNO



PRU15: Tidak Salah Ahmad Zahid Bertanding …

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker