Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Pelakon sensasi, Sharifah Sakinah mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik hantaran Instagram seolah-olah memberi bayangan bahawa rumah tangganya sudah berakhir.

Berdasarkan status yang ditulis, Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, berkata, dia dan juga suaminya, Michael Hensen mempunyai pandangan dan kepercayaan berbeza, sekali gus tidak boleh menjadi pasangan.

“Kami memiliki perbezaan pendapat, sistem kepercayaan, perspektif dan ideologi.

“Sebab itu kami tidak boleh lagi menjadi pasangan. Tamat,” tulisnya.

Sakinah bagaimanapun mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Sakinah menerusi panggilan telefon dan WhatsApp bagaimanapun tidak dibalas.

Michael, 42, dan Sakinah mengumumkan sudah sah bergelar pasangan suami isteri sekitar Februari lalu selepas mengenali hati budi masing-masing sejak 2020.

Sakinah sebelum ini pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha, 5.

Sementara itu, Michael mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan

Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker