Bergambar separuh bogel depan gereja, Influencer Britain dikecam

ROM – Seorang Influencer media sosial dari Britain mencetuskan kemarahan penduduk setempat selepas bergambar separuh bogel di hadapan sebuah gereja di Itali, lapor akhbar The Sun semalam.

Berdasarkan video yang dirakam penduduk tempatan, wanita itu menutup sebahagian badannya menggunakan sehelai kain berwarna merah, namun memperlihatkan bahagian  punggungnya di luar gereja bersejarah di bandar Amalfi.

Dia dilihat bergambar dalam gaya menggoda sambil dirakam seorang lelaki di gereja Sant’Andrea.

Menurut media tempatan, wanita tersebut mendakwa dia ingin mencipta ‘memori peribadi’ bersama  dua pelancong lain di hadapan orang ramai yang lalu-lalang.

Penggambaran  akhirnya dihentikan apabila pihak berkuasa tempatan tiba di lokasi tersebut selepas menerima aduan orang ramai, lapor akhbar Il Mattino.

Menurut laporan sama,  wanita berkenaan, jurugambar dan seorang lagi wanita yang berada bersama mereka tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk melakukan penggambaran.

Mereka kemudian dinasihati kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam serta diberi amaran agar tidak berkongsi gambar tersebut di media sosial.

Insiden itu mencetuskan kemarahan penduduk dengan ramai menyelar tindakan wanita berkenaan kerana bergambar tidak senonoh di lokasi keagamaan.

“Perkara yang paling teruk adalah dia melakukan penggambaran separuh bogel namun memilih gereja sebagai lokasi,” kata seorang pengguna Facebook. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan

Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker