Azalina nafi kata SPRM gugur siasatan ‘dana syarikat judi’ ke atas PN

Azalina nafi kata SPRM gugur siasatan ‘dana syarikat judi’ ke atas PN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said menafikan pernah menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggugurkan siasatan ke atas dakwaan Perikatan Nasional (PN) menerima dana daripada syarikat judi untuk membiayai kempen PRU 2022.

“Saya ingin menegaskan jawapan yang saya berikan dalam Dewan Rakyat bagi pihak SPRM tidak menyatakan apa-apa siasatan berkenaan dakwaan berhubung perkara ini telah dihentikan atau digugurkan.



“Sebaliknya, SPRM hanya menyatakan tiada fail siasatan dibuka memandangkan maklumat yang diperoleh setakat ini bersifat umum,” katanya dalam kenyataan.

Azalina berkata, SPRM sebagai badan bebas dan berkecuali akan menjalankan siasatan termasuk membuka fail berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah atau mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa berdasarkan maklumat dan juga bukti diperoleh dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, undang-undang negara tidak mempunyai “sebarang had masa” untuk memulakan siasatan ke atas kes jenayah.

Justeru, perkara tersebut tidak wajar dipolitikkan, termasuk membuat tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



“Saya menyeru semua pihak menghormati prinsip kedaulatan undang-undang, dan tidak membuat kesimpulan melulu atas jawapan yang diberi di Dewan Rakyat,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya sedang mempertimbang mengambil tindakan undang-undang berhubung tuduhan gabungan itu menerima sumbangan daripada dana syarikat judi.

Muhyiddin berkata, PN akan berbincang dengan peguam tentang langkah seterusnya yang akan diambil.

Pada 5 Dis tahun lalu, media melaporkan bahawa Anwar membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.



Bercakap ketika sidang media di Pejabat Perdana Menteri, beliau dipetik sebagai berkata dana pilihan raya untuk parti “Melayu” dan parti “Islam” datang dari syarikat perjudian. FMT

Azalina nafi kata SPRM gugur siasatan ‘dana syarikat judi’ ke atas PN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)



Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker