Mane malu kerja kebajikannya disebut


Mane malu kerja kebajikannya disebut

Sadio Mane mengakui sukar untuknya bercakap mengenai kerja kebajikan dilakukannya selepas dia dianugerahkan Trofi Socrates atas usaha gigih di luar padang.

Bintang Bayern Munich itu mencipta karier sensasi di Eropah yang membolehkannya membantu masyarakat tempatan di negaranya, Senegal. Mane yang berpindah dari Liverpool ke Bavaria pada musim panas tidak pernah menjangkakan kerja kebajikan dilakukannya mendapat perhatian antarabangsa.

Kekayaan Mane sebahagiannya digunakan untuk membina hospital awam dan sekolah serta membantu masyarakat setempat di perkampungannya di Bambali.

Dia turut menderma kepada Jawatankuasa Kebangsaan Senegal yang menangani pandemik Covid-19. Kesemua usahanya itu disebut ketika Anugerah Ballon d’Or semalam tetapi Mane tetap merendah diri dan tiada apa yang boleh dimegahkan baginya.

Mane berkata ketika di atas pentas: “Seperti anda kata, ada kalanya saya berasa malu apabila diperkatakan mengenai usaha saya tetapi saya sangat gembira dapat membantu masyarakat saya dan menjadikan kehidupan mereka lebih baik.”

France Football yang memberi anugerah itu berkata “Trofi Socrates mengenal pasti initiatif sosial terbaik oleh juara yang komited”.

Mane sebelum ini pernah mencuri perhatian ketika dia di Liverpool. Pernah penyokong mendapati dia memegang iPhone yang sudah calar dan retak sehingga ada yang mempersoalkan kenapa bintang Senegal itu yang meraih pendapatan puluhan juta ringgit setahun tidak menggantikannya atau membeli yang baharu.

Pemain berusia 30 tahun itu ketika bercakap mengenai kekayaan dan cara terbaik memanfaatkan harta, berkata: “Mengapa saya perlukan 10 Ferrari, 20 jam berlian atau dua kapal terbang?

“Apa yang boleh dilakukannya kepada saya dan dunia? Saya pernah kelaparan dan bekerja di ladang. Saya berdepan saat sukar dan bermain bola sepak tanpa kasut.

“Saya tidak berpelajaran dan banyak lagi tetapi hari ini dengan apa yang saya dapat menerusi bola sepak, saya dapat membantu masyarakat saya.”

Mane cemerlang membantu Liverpool menjuarai Piala Liga dan Piala FA sebelum meninggalkan Anfield.

The Reds hampir memenangi gelaran Liga Perdana dan Liga Juara-Juara tetapi kini dia semakin menyesuaikan diri di Bayern dan meledak sembilan gol setakat ini.

Mane juga menduduki tempat kedua di belakang Karim Benzema yang memenangi Ballon d’Or. HM

Mane malu kerja kebajikannya disebut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi

Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan

Nora Danish ‘belanja’ apa tu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker