Persediaan menghadapi Dajjal

Sepertimana saranan Rasulullah s.a.w.

Persediaan menghadapi Dajjal

Nabi Muhammad s.a.w. telah menceritakan tentang Dajjal dan memberikan garis panduan apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam apabila menghadapi Dajjal serta fitnah dan kerosakan yang dibawanya, antaranya ialah:

Pertama: Berpegang dengan agama Islam, mendalami keimanan dan mendalami ilmu tentang Islam. Apabila umat Islam mendalami ilmu tentang Islam mereka akan tahu bahawa Dajjal itu manusia yang mengaku tuhan. Dajjal adalah manusia hebat yang diberi kekuatan oleh Allah. Ada hadis yang menunjukkan bahawa Dajjal itu manusia dan bukan tuhan, Rasulullah bersabda,



“Sesungguhnya Allah tidak buta sebelah matanya. Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu buta mata sebelah kanannya seperi buah anggur yang mengembung” (HR Muslim).

Apabila Dajjal itu mengaku dia tuhan sedangkan keadaannya fizikalnya yang tidak sempurna bolehkah kita mempercayainya. Sedangkan kita tahu bahawa Allah itu Maha Sempurna. Malah semua orang beriman di hatinya walau hanya sedikit akan nampak di dahi Dajjal itu tulisan Ka Fa Ra (kafir). Ia boleh dibaca oleh semua orang beriman sama ada yang pandai membaca atau tidak.

Kedua: Meminta perlindungan pada Allah dari fitnah Dajjal.

Di dalam hadis dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah bersabda,



“Jika salah seorang di antara kalian bertasyahud (dalam solat) hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat perkara dan berdoa, “Allahumma inni a’uudzubika min adzaabi jahannama, Wamin adzaabil qabri, Wamin fitnatil mahyaa wal mamati, Wamin syarri fitnatil masiihid Dajjal. (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa neraka jahanam dan seksa kubur dan fitnah kehidupan dan kematian serta keburukan fitnah al-Masih ad-Dajjal)” (HR Muslim)

Doa ini perlu dihafal dan dibaca selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam. Para ulama berpendapat perkataan ‘hendaklah ia’ adalah perintah. Di dalam usul fiqah perkataan ‘hendaklah’ adalah perintah, apabila disebut perintah maka ertinya wajib.

Maksudnya, wajib bagi kita untuk menghafal doa itu dan membacanya di dalam solat sebelum memberi salam. Hendaklah di situ hukumnya wajib dan tidak ada yang menunjukkan bahawa hukumnya sunat mengikut kaedah usul fiqah.

Kecuali ada kaedah yang menurunkan hukumnya seperti di dalam hadis ini, “Hendaklah kamu sembahyang sebelum maghrib bagi sesiapa yang mahu.”



Terdapat perkataan Ka Fa Ra di atas dahi dajjal yang boleh dilihat oleh orang beriman
Di dalam hadis itu memang dikatakan hendaklah tetapi di akhirnya disebut pengecualian bagi sesiapa yang mahu. Di sini perintah ‘hendaklah’ itu tidak menjadi wajib tetapi menjadi sunat muakkad. Kalau di dalam hadis yang pertama tadi iaitu ‘hendaklah ia memohon perlindungan’, tidak ada hadis lain yang mengatakan bahawa jika hendak lakukan, jika tidak mahu tidak mengapa.

Yang pentingnya cubalah menghafal doa itu walaupun tidak boleh melakukannya dengan cepat buatlah perlahan-lahan. Jika tidak dapat membacanya di dalam bahasa Arab di dalam hati sekurang-kurangnya mintalah doa dengan makna bahasa Melayu. Kemudian cuba menghafal pula di dalam bahasa Arab.

Ketiga: Menghafaz dan membaca surah al-Kahfi

Hadis Nabi daripada Nawas bin Sam’an, katanya Rasulullah bersabda,



“Barang siapa di antara kamu bertemu dengan Dajjal bacakan kepadanya permulaan surah al-Kahfi.” (HR Muslim)

Kemudian disebutkan di dalam hadis yang lain pula, Rasulullah bersabda,

“Barang siapa menghafal sepuluh ayat pertama dari surah al-Khafi maka dia akan terpelihara dari fitnah Dajjal.” (HR Abu Daud).

Keempat: Melarikan diri daripada Dajjal



Apabila mendengar Dajjal sudah sampai hendaklah melarikan diri dan jangan dengan sengaja datang untuk mendapatkannya. Konsepnya di sini boleh difahami jika ada huru-hara jangan pergi ke tempat itu, lebih baik jauhkan diri dari tempat tersebut.

Kelima: Tinggal di Mekah dan Madinah

Antara orang yang akan terpelihara dari fitnah Dajjal ialah mereka yang tinggal di Mekah dan Madinah. Rasulullah bersabda,

“Madinah tidak akan dimasuki rasa takut terhadap Dajjal. Kerana pada waktu itu kota itu memiliki tujuh pintu, masing-masing dijaga oleh dua malaikat.” (HR Bukhari).



Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan, “Bahawa Dajjal itu tidak dapat memasuki Madinah dan Mekah kerana dihalang oleh para Malaikat.”

Semoga panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan melindungi kita menghadapi Dajjal serta kerosakan yang dibawanya. A’la kulli hal, berdoalah sebanyak-banyak kepada Allah dan mohonlah perlindungan dari Nya. Wallahu a’lam Utv

Persediaan menghadapi Dajjal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi

Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan

Nora Danish ‘belanja’ apa tu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker