P.Pinang dilanda banjir kilat

Ketika ini, kerajaan negeri sedang memantau cuaca di seluruh Pulau Pinang terutama lokasi yang berpotensi berlaku banjir kilat. – Foto Sinar Harian

GEORGE TOWN: Puluhan rumah di beberapa kawasan di bahagian pulau, Pulau Pinang dilanda banjir kilat selepas hujan lebat melanda negeri itu tengah malam tadi namun setakat ini tiada pusat pemindahan banjir (PPS) yang dibuka.

Hujan lebat melanda Pulau Pinang sejak 10 malam tadi sebelum berhenti kira-kira dua jam kemudian dan hujan kembali lebat pada 3 pagi hingga 10 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Phee Boon Poh berkata pihaknya menerima maklumat puluhan rumah di kawasan Batu Maung, Bayan Lepas dan George Town dinaiki air namun tiada penduduk yang dipindahkan.

“Berdasarkan maklumat yang saya terima kebanyakan rumah yang dinaiki air kira-kira 30 hingga 50 sentimeter dan ketika ini Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan terlibat telah turun padang untuk memantau serta memberi bantuan kepada penduduk terlibat.

“Sehingga 10 pagi ini, kebanyakan air di kawasan yang dilanda banjir kilat telah surut dan kita bernasib baik kerana semua rumah pam di lokasi terlibat beroperasi dengan baik,” katanya ketika dihubungi, di sini hari.

Phee berkata ketika ini kerajaan negeri juga sedang memantau cuaca di seluruh Pulau Pinang terutama lokasi yang berpotensi berlaku banjir kilat.

“Dari segi kesiapsiagaan, semua pihak telah bersiap sedia jika berlaku banjir atau banjir kilat di Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk di Kampung Naran, Batu Maung Mohd Razak Abdul Hashim, 42, berkata hujan lebat di kawasannya sejak pukul 10 malam namun air mula naik di kediamannya selepas hujan lebat semula kira-kira 3.30 pagi.

“Ketika itu, kami sedang tidur dan isteri kejut kata air masuk dalam rumah, saya terus bangun dan angkat barang-barang elektrik ke tempat tinggi..air naik dengan cepat sebab hujan lebat, tapi dalam pukul 9 pagi air telah surut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Di KANGAR, tiga kawasan di Kampung Sentua, Kampung Seriab dan Kampung Bakau dinaiki air akibat hujan lebat yang melanda Perlis sejak semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Perlis berkata APM Perlis telah melakukan pemantauan di kawasan ‘hotspot’ dan sungai yang berada pada tahap ‘kuning’ (status berjaga-jaga) di sekitar Perlis.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan dan kecemasan boleh hubungi talian 04 977 7991 / 04 977 8991(Mers APM Perlis / kecemasan) atau 04 976 0991 (Bilik gerakan Pengurusan Bencana APM Perlis),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tinjauan Bernama di Titi Chai, Kangar mendapati air naik paras buku lali dan orang ramai telah mula memindahkan barang berharga di tempat tinggi.
Difahamkan belum ada Pusat Pemindahan Banjir (PPS) dibuka setakat ini.

BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker