Rusuhan penyokong liga kampung, polis mulakan siasatan

Rusuhan penyokong liga kampung, polis mulakan siasatan

HULU TERENGGANU: Hampir 30 orang penyokong bola sepak terlibat dengan insiden pergaduhan selepas tamat perlawanan Liga Kampung di daerah Hulu Terengganu, pada petang Sabtu.

Tindakan penyokong itu mengakibatkan pagar di bahagian padang rosak dan cermin kedai makan berhampiran padang turut pecah.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Mohd Adli Mat Daud, provokasi antara penyokong kedua-dua belah pasukan berlaku selepas perlawanan tamat di luar kawasan padang.

Susulan itu kira-kira jam 6.55 petang Sabtu, pihaknya mengarahkan anggota peronda bertugas ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan dan meleraikan kekecohan.

Siasatan mendapati berlaku beberapa kerosakan di pagar padang bola sepak dan cermin dinding di salah sebuah kedai makan turut pecah akibat daripada kejadian yang berlaku.

Tambah Mohd Adli, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku melibatkan kedua-dua belah pihak.

Sebelum itu telah berlangsung perlawanan bola sepak peringkat suku akhir antara dua pasukan mewakili dua buah kampung di daerah Hulu Terengganu yang berkesudahan dengan Kampung Matang FC menang dengan jaringan 1-0 menentang Bima FC.

Mengulas lanjut Mohd Adli berkata lagi pihaknya juga sudah memanggil penganjur perlawanan dan kedua-dua pihak pengurusan pasukan bola sepak yang terlibat ke IPD Hulu Terengganu untuk menjalankan siasatan berkaitan kejadian.

Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat memandangkan pihak berkaitan belum membuat laporan polis.AA

Rusuhan penyokong liga kampung, polis mulakan siasatan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker