Pelik Tapi Unik, Aiskrim Indomie Goreng Ini Cetus Fenomena Di Indonesia

Jika di Malaysia kita sudah rasa aiskrim nasi lemak itu pelik, anda belum tahu akan kewujudan aiskrim Indomie Goreng. Betul, anda tidak salah lihat kerana aiskrim perisa Indomie Goreng wujud dan ‘hit’ di Indonesia.

Kelainan aiskrim yang menggunakan perisa Indomie Goreng diperkenalkan oleh Holi Ice Cream. Difahamkan, penghasilan aiskrim itu disebabkan rakyat Indonesia suka makan Indomie Goreng dan kebiasaannya akan nikmati aiskrim buatan sendiri selepas itu.



Maka tercetuslah idea untuk menghasilkan aiskrim perisa Indomie Goreng lengkap dengan bawang goreng untuk mencetuskan rasa mi segera itu. Harga untuk sebekas aiskrim ialah RP45,000 (~RM13) sahaja.

Jika aiskrim Indomie Goreng ini dipasarkan di Malaysia, adakah anda mahu mencubanya? – TheVocket

Teringin makan ‘roti canai ular’? Ayuh ke Kota Bharu…



Jual askrim sambil cabul remaja



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker