Anwar mahu bekerjasama kembali Mahathir dan Muhyiddin, PH 3.0 akan kembali?

Walaupun berbeza pendapat dengan Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini berkata ruang mereka bekerjasama sekali lagi masih terbuka.

Bagaimanapun, pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menegaskan mereka hanya akan menerima dua bekas perdana menteri itu sekiranya mereka komited dengan prinsip PH.

“Kami (PH) komited dalam melaksanakan agenda reform (pembaharuan), melawan gejala rasuah dan penyalahgunaan rasuah.

Sesiapa saja yang bersetuju dengan prinsip ini, boleh datang dan berbincang kami. Ruang adalah terbuka,” kata Anwar kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Kenyataannya itu dibuat sebagai menjawab soalan khusus sama ada dia bersedia mempertimbangkan untuk menerima Mahathir dan Muhyiddin sebagai sekutu sekali lagi, selepas apa berlaku susulan sejarah hitam Langkah Sharaton pada 2020.

“‘Come together’ itu memang kenyataan yang lunak seperti bersatu, bersatu itu apa, ada orang bersatu yang nak rompak, ada bersatu dengan macam cerita persatuan 40 penyamun. Jadi bersatu itu mesti bersandarkan kepada beberapa prinsip yang jelas.

“Ada kelola yang baik, menolak rasuah, tidak bersetuju dengan dasar perkauman atau fanatik agama, itu prinsip utama dan kalau bersetuju silakan, ini bukan mirip monopoli mana-mana parti,” katanya lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker