Kegagalan 22 bulan menyebabkan PH tiada tawaran untuk rakyat hanya tahu burukkan UMNO

PH seperti kehilangan modal untuk menimbulkan persepsi mahupun isu terutamanya kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, perkara itu berikutan pemimpin PH terutamanya Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dilihat sudah mula khuatir apabila taktik dan serangan politik mereka ke atas UMNO tidak meninggalkan kesan di hati rakyat.

“Rafizi macam sudah habis modal politik untuk pusing-pusing pasal isu PRU15. Semalam, Rafizi buat tuduhan tidak bijak lagi. Dia tuduh Presiden UMNO, Datuk Seri, Ahmad Zahid Hamidi terburu-buru nak buat PRU15 sebab mahu selamatkan dirinya daripada kes mahkamah.

“Kenapa Rafizi nak tuduh macam itu sedangkan segala keputusan kehakiman ditentukan oleh hakim-hakim yang mengendalikan kes? Adakah Rafizi meragui kewibawaan dan integriti institusi kehakiman negara? Padahal ketika mahkamah mengekalkan hukuman bersalah ke atas (bekas Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak bulan lalu, bukan main lagi Rafizi puji keputusan mahkamah dan menjulang kedaulatan institusi kehakiman negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan berkata, biarpun Timbalan Presiden PKR itu kembali semula dengan pelbagai persepsi dan dakwaan, namun orang ramai sudah dilihat tidak yakin dengannya.

Katanya, walaupun Rafizi cuba menyerang UMNO dengan isu kapal tempur pesisir pantai (LCS) dan menimbulkan persepsi terhadap Najib, Ahmad Zahid serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien kononnya mereka salah guna kuasa, namun akhirnya isu itu jelas tidak mempunyai kaitan dengan pemimpin UMNO.

“Saya hairan juga Rafizi semakin membisu dalam isu LCS ini. Mungkin dia tahu pembohongan dia sudah terbongkar apabila Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) telah disaman oleh syarikat kontraktor asing Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) dan Contraves Advanced Devices Sdn. Bhd. (CAD) yang dia (Rafizi) tuduh merasuah pemimpin UMNO Jumaat minggu lepas.

“Jadi siapakah dalang sebenar dalam isu ini dan lebih penting adakah Rafizi tahu menahu bahawa isu ini adalah isu kontrak dan beliau boleh terbuka kepada tindakan saman oleh kontraktor asing yang sama kerana tuduhan tanpa asas itu.

“Apabila gagal kenakan UMNO dengan isu LCS, Rafizi keluarkan pula cerita pasal tender perolehan meriam artileri jenis Self Propelled Howitzer (SPH) untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan mendakwa kontrak perolehan SPH itu dianugerahkan secara terus kepada sebuah syarikat pembekalan yang baru dua tahun ditubuhkan dan bukan menerusi tender terhad.

“Dia juga dakwa Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan pula terlibat keluarkan arahan dikeluarkan supaya rundingan terus dengan syarikat itu. Tetapi Kementerian Pertahanan terus keluarkan penafian apabila sahkan perolehan SPH untuk kegunaan tentera darat belum diserahkan kepada mana-mana syarikat, sebaliknya kontrak untuk projek membabitkan peruntukan RM854 juta itu masih lagi berjalan.

“(Jadi) kantoi lagi, tetapi itulah perangai Rafizi dari dulu lagi. Suka tebar jala politik, tambah pula apabila dekat pilihan raya umum. Dia tak kisah pun jala politik yang ditebarkan itu kena atau tidak, yang penting dia berjaya timbulkan persepsi dan memburukkan imej lawan politiknya,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Jazlan mempersoalkan dakwaan Rafizi bahawa sokongan Melayu kepada UMNO sudah merudum sehingga 18 peratus menjadi punca UMNO terdesak mengadakan pilihan raya umum awal.

Katanya, dakwaan tersebut dilihat tidak berasas kerana tinjauan itu dilakukan pihak beliau yang sudah pasti tidak keputusannya tidak menyebelahi UMNO.

Malah, katanya, dakwaan itu juga tidak boleh diterima kerana UMNO sudah pasti mahu menempah maut untuk segera mengadakan PRU15 sekiranya parti itu tahu sokongan orang Melayu menurun.

“UMNO minta buat PRU15 awal-awal sebab nak kembali mandat kepada rakyat selepas dipimpin secara gagal oleh PH dan Perikatan Nasional (PN) sehinggakan kerajaan yang diwarisi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini tak stabil dan tak kukuh.

“UMNO nak kembali bela nasib rakyat yang dikhianati oleh janji-janji manifesto kerajaan PH dulu. UMNO nak kembali membina kerajaan dan negara yang stabil.

“Sebenarnya Rafizi dan PH sudah takut apabila taktik dan serangan politik mereka ke atas UMNO dan BN tak meninggalkan kesan di hati rakyat.

“Dia tahu rakyat tak akan terpedaya lagi dengan cerita fitnah dan janji-janji manis PH. Dia tahu rakyat akan tukar PH kembali jadi pembangkang sejati selepas PRU15 nanti,” ujarnya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker