Enam kali ular sawa ditemui di garaj rumah

Dua anggota bomba menangkap ular sawa yang memasuki garaj rumah Mazuen Mohd Taib di Taman Melati, Raub pada Rabu. – Gambar ihsan JBPM

RAUB: “Ini kali keenam ular sawa ditemui di kawasan garaj rumah saya dan semalam (Rabu) yang paling besar ditangkap oleh pihak bomba.”

Itu reaksi Mazuen Mohd Taib, 42, ketika menceritakan detik penemuan ular sawa ketika dia mengemas garaj rumahnya di Taman Melati, di sini, sekitar pukul 3 petang pada Rabu.

Menurutnya, lokasi kediaman yang terletak bersebelahan dengan longkang besar dan merupakan saluran air utama perumahan didakwa punca reptilia berkenaan mudah masuk ke rumahnya.

“Setiap hujung tahun akan ada ular ditemui di rumah saya. Faktor cuaca juga mungkin menjadi punca reptilia ini mencari tempat perlindungan.



“Kira-kira tiga tahun yang lalu anak kucing yang saya letak di dalam sangkar turut mati ditelan ular sawa. Sejak itu saya tidak lagi letakkan haiwan peliharaan di dalam sangkar,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di sini, pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Zon 3 Bomba Pahang, Shahrulnizam Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 3.05 petang sebelum sepasukan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub bergegas ke lokasi dengan menaiki sebuah jentera.

“Sebaik tiba di tempat kejadian kita mendapati terdapat seekor ular sawa sepanjang empat meter dengan anggaran berat kira-kira 60 kilogram berlingkar di garaj rumah berkenaan.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap reptilia terbabit sebelum bertindak melepaskannya ke habitat asal,” katanya.



Ujarnya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 3.35 petang.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee



Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker