Empat wilayah Ukraine secara rasmi kini jadi hak milik Rusia
MOSCOW – Presiden Russia, Vladimir Putin mengumumkan penggabungan empat wilayah Ukraine di bawah kuasa Kremlin dalam rampasan tanah terbesar sejak Perang Dunia Kedua, lapor portal MailOnline kelmarin.
Putin juga menyuarakan keyakinan bahawa kemenangan akan berpihak kepada Russia dalam perang menentang Ukraine dalam satu majlis bagi meraikan penggabungan tersebut.
Majlis keraian itu bagi menyambut empat wilayah Ukraine iaitu Donetsk, Luhansk, Kherson and Zaporizhzhia yang memilih ‘bersatu’ kembali di bawah bekas negara tonggak utama Kesatuan Soviet berkenaan.
Keputusan empat wilayah tersebut menyertai Rusia dibuat selepas Kremlin didakwa mengadakan referendum ‘palsu’ kerana memaksa penduduk mengundi ‘setuju’ dengan mengacu senjata di kepala mereka.
Putin berikrar bahawa Moscow akan melakukan segala-galanya untuk menyokong wilayah baharu tersebut termasuk mengawal keselamatan dan membina semula ekonomi masing-masing.
“Kepada empat wilayah yang kini sebahagian daripada Rusia, saya ucapkan selamat kembali ke ‘tanah air’ anda,” katanya dalam ucapan kemenangan.
Dalam ucapannya, Putin menegaskan bahawa Ukraine mesti menghormati keputusan pungutan suara rakyat anjuran Kremlin sebelum menuduh Amerika Syarikat dan sekutunya berusaha untuk memusnahkan Russia.
Moscow menyokong Donetsk dan Luhansk di timur Ukraine selepas dua wilayah itu mengisytiharkan kemerdekaan daripada Ukraine pada 2014, beberapa minggu selepas penyatuan Semenanjung Crimea.
Rusia menawan Kherson dan sebahagian daripada wilayah Zaporizhzhia sejurus selepas Putin menghantar tentera ke Ukraine pada 24 Februari tahun ini.
Duma yang merupakan Parlimen Russia akan bersidang minggu depan untuk memeterai perjanjian bagi keempat-empat wilayah baharu itu.
Rampasan tanah Ukraine dan kerahan askar simpanan Russia oleh Putin adalah percubaan untuk mengelakkan lebih banyak kekalahan di medan perang yang boleh mengancam pemerintahan beliau selama 22 tahun. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS Terengganu buat pusingan U, mahu suburkan kembali MN
- Ahli perniagaan diculik di Ampang dipercayai akibat hutang [VIDEO]
- Firdaus Wong terima gambar, tangkap layar lucah dari Akhi Fairuz
- Pemimpin DAP berbalah, Guan Eng ‘sound’ Ronnie Liu
- Datuk Bandar Shah Alam ditahan kes tender tebatan banjir: SPRM
- PAS bersedia hadapi PRU tanpa BN-UMNO
- Pensyarah ’lucah’ dipecat, doa saya termakbul – bekas siswi
- PM ‘caretaker’ BN gusarkan PH
- InsyaAllah PRU sebelum banjir – Zahid
- Pengantin perempuan dirasuk ketika bersanding (Video)
- PAS dengan BN kata lain, dengan PN kata lain
- Bintang filem lucah UK takut mahu berlakon ekoran penularan penyakit sifilis di Eropah
- Ejen kosmetik diculik berjaya diselamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee
You must be logged in to post a comment.