Punca rusuhan bolasepak Indonesia

Punca rusuhan bolasepak Indonesia

Jakarta: Dunia sepak bola Indonesia gempar akibat rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, selepas berakhirnya perlawanan antara kelab Arema FC dan Persebaya Surabaya, pada malam Sabtu.

Portal Kompas melaporkan, keputusan perlawanan menyaksikan Arema FC tewas 2-3 kepada Persebaya Surabaya, dan ia kekalahan pertama dalam tempoh lebih dua dekad kepada musuh ketatnya.

Kekalahan skuad Singo Edan itu mencetuskan kemarahan penyokong Arema FC yang pantas berlari menuju ruang persalinan selepas pengadil meniup wisel penamat.

Insiden itu menyebabkan pemain Arema FC dan Persebaya tidak sempat bersalaman selepas tamat perlawanan.

Ia selepas penyokong menyerbu padang hingga pihak berkuasa terpaksa menyelamatkan pemain.

Penyokong yang turun ke padang untuk mengejar pemain dan sebahagiannya melemparkan benda tumpul.

Kelengkapan perlawanan dan fasiliti di padang termasuk bangku pemain, papan iklan, jaring gawang turut dirosakkan sebagai tanda protes kerana kecewa dengan keputusan perlawanan.

Bukan setakat itu, kenderaan polis turut menjadi sasaran mereka.

Menerusi ciapan rasmi Persebaya Surabaya, di Twitter, pasukan itu menjelaskan semuanya dalam keadaan baik dan pemain (Persebaya) sempat berlindung di Stadium Kanjuruhan sebelum pulang dengan selamat menaiki kereta perisai.

“Pasukan keluar dari kawasan stadium dan terus menuju tempat berkumpul supaya dapat segera pulang ke Surabaya dan berehat,” ciapnya menerusi akaun rasmi Persebaya Surabaya,

Sementara, pemain Arema FC dilaporkan turut membantu mangsa yang jatuh.

Dalam pada itu, suasana di dalam Stadium Kanjuruhan kecoh selepas pihak berkuasa didakwa cuma menyelamatkan pemain.

Berdasarkan laporan pemberita Kompas TV, Muhammad Tiawan, penyokong berpusu-pusu turun ke padang selepas perlawanan.

Pihak berkuasa cuba mengawal keadaan dengan menembak gas pemedih mata ke bahagian bawah pagar penghadang.

Akibatnya, penyokong sesak nafas dan pengsan hingga ada yang terkorban.

Keadaan di Stadium Kanjuruhan hanya kembali tenang dua jam selepas kekecohan.

Difahamkan, belum ada maklumat sama ada pihak berkuasa sudah menahan pihak yang disyaki terbabit dalam rusuhan berkenaan.

Terdahulu, jurucakap polis mengesahkan angka kematian akibat rempuhan penyokong di Stadium Kanjuruhan, Malang, wilayah Jawa Timur, meningkat kepada 129 orang. HM

Punca rusuhan bolasepak Indonesia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker