Kelayakan Piala Asia: Skuad negara belasah Palestin 4-0

Skuad B-17 negara memulakan kempen kelayakan Piala Asia B-17 dengan melakar kemenangan bergaya 4-0 ke atas Palestin sebentar tadi.

PETALING JAYA – Skuad bawah 17 (B-17) memulakan kempen peringkat Kumpulan B kelayakan Piala Asia B-17 dengan langkah kanan selepas menewaskan Palestin 4-0 pada aksi pembukaan sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Pakansari, Bogor itu, skuad kendalian Osmera Omaro berjaya menguasai sebahagian besar perlawanan, tetapi gagal memecah kebuntuan pada babak pertama.

Aksi semakin rancak pada separuh masa kedua apabila Muhammad Anjasmirza meledak gol pembukaan pada minit ke-50.

Keyakinan skuad muda Harimau Malaya semakin memuncak dengan menambah gol menerusi Faris Danish pada minit ke-68, Arami Wafiy (m-74) dan Zainurhakimi Zain (m-87).



Selain Palestin, Malaysia telah diundi gergasi Timur Tengah, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Guam dan Indonesia.

Aksi seterusnya skuad B-17 negara adalah bertemu Guam pada 5 Oktober depan di venue yang sama.

Juara peringkat kumpulan akan meraih slot automatik ke kejohanan belia berprestij itu selain lima naib juara terbaik dengan satu lagi slot diberikan kepada tuan rumah yang masih belum ditentukan selepas Bahrain menarik diri

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker