Aaron-Wooi Yik kempunan muncul juara dunia lagi
Aaron-Wooi Yik kempunan muncul juara dunia lagi

Kuala Lumpur: Impian beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memburu gelaran dunia kali kedua dalam karier mereka tidak kesampaian selepas tewas straight set kepada gandingan China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada final Kejohanan Dunia 2026 di Stadium Tertutup Indira Gandhi, sebentar tadi.
Dalam perlawanan itu, Liang Wei Keng-Wang Chang turun dengan motivasi lebih tinggi berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini dan mereka merealisasikan kelebihan itu menerusi corak permainan cukup baik sepanjang perlawanan untuk menang 21-17, 21-16 dalam tempoh 35 minit.
Bermula set pertama, kedua-dua pasangan mempamerkan permainan berintensiti tinggi dengan kedudukan begitu rapat.
Namun, selepas rehat pertengahan set, beregu ketiga dunia itu mula meningkatkan momentum menerusi serangan kencang sebelum menutup set pertama 21-17 dalam masa 15 minit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Teruskan Momentum, Tarik Lebih Banyak Pelaburan
- Semarak Jiwa Patriotik, Kecintaan Kepada Negara Sempena Bulan Kebangsaan – Isam
- Jangan Korbankan MARA Demi Politik – Mohamad Fazly
Kejayaan wakil China itu membolehkan mereka menamatkan penantian lapan tahun untuk muncul juara beregu lelaki selepas kali terakhir muncul juara pada 2018 menerusi Li Junhui-Liu Yuchen.
Kekalahan itu menyaksikan beregu keempat dunia berkenaan tewas kepada lawan mereka buat kali keempat berturut-turut selepas kali terakhir menang pada Kejohanan Badminton Asia 2025 di peringkat separuh akhir. Rekod pertemuan semasa kini 4-11.
Untuk rekod, pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik di kejohanan ini adalah muncul juara pada edisi 2022 di Tokyo selepas menewaskan pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan secara straight set 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit.
Pada 2023, mereka meraih gangsa, manakala tahun lalu perjalanan mereka terhenti di peringkat suku akhir.
Aaron-Wooi Yik kempunan muncul juara dunia lagi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Nilai Semula, Petugas PDK Tulang Belakang Anak Istimewa – Khairul Azwan
- ‘Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Cinta Negara’
- KPK Jadi Rakan Strategik, Pastikan Industri Getah Berdaya Saing
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.