Pahang sapu bersih emas hoki lelaki, wanita

Pahang sapu bersih emas hoki lelaki, wanita

Pahang sapu bersih emas hoki lelaki, wanita
PASUKAN Pahang meraikan kemenangan mereka pada perlawanan hoki akhir lelaki ketika temasya Sukma 2026 di Kompleks Sukan Pandamaran, hari ini. FOTO ASYRAF HAMZAH

Klang: Pahang mencipta kejayaan berganda dalam saingan hoki Sukan Malaysia (SUKMA) selepas merangkul kedua-dua gelaran lelaki dan wanita, hari ini.

Dua beradik, Sufian dan Sabri Mohamad membimbing pasukan masing-masing meraih pingat emas, sekali gus mengulangi kejayaan berganda yang turut mereka cipta pada SUKMA Kuala Lumpur 2022.

Sufian membimbing skuad lelaki meraih kejuaraan buat kali kedua, manakala Sabri, 37, pula membawa skuad wanita mempertahankan gelaran untuk kali ketiga berturut-turut.

Dalam aksi final lelaki di Stadium Hoki Pandamaran, Pahang menewaskan Pulau Pinang 4-2 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Nor Daniel Nor Effendy meletakkan Pahang di depan pada minit ke-10 sebelum Pulau Pinang menyamakan kedudukan menerusi Kryshant Jiwa Mohan pada minit ke-28.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jalur Gemilang Warnai Lekir Merdeka Fun Walk


Pada penentuan penalti, Nor Daniel, Ariq Aidil Hakimi, Harith Afi Hishammudin dan Che Airil Miqail Che Rosdam masing-masing menyempurnakan percubaan buat Pahang.

Pulau Pinang pula hanya memperoleh jaringan menerusi A Tiyarnash dan Kriish Jiwa Mohan.

“Akademi Pahang yang kami mulakan lebih 10 tahun lalu akhirnya membuahkan hasil.

“Pulau Pinang memberi tentangan sengit dan penentuan penalti cukup mendebarkan. Namun, pemain saya berjaya mengawal tekanan dengan menjaringkan kesemua empat percubaan untuk memenangi penentuan penalti,” kata Sufian, 41.

Dalam aksi final wanita, Pahang menewaskan Wilayah Persekutuan 6-5 menerusi penentuan penalti ‘sudden death’ selepas terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rindu Zaman BN… Gelombang Biru R10 Labuan Terus Mara


Zati Alyani Zubir meletakkan Pahang di depan pada minit ke-17 sebelum Puteri Nur Amalina Rashid menyamakan kedudukan buat Wilayah Persekutuan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-53.

Kedua-dua pasukan terus terikat 3-3 selepas lima percubaan penalti pertama, sebelum sekali lagi seri 2-2 selepas lima percubaan seterusnya.

Zati Alyani kemudian menjaringkan gol penentu pada penentuan ‘sudden death’, manakala Puteri Nur Amalina gagal menyempurnakan percubaannya.

“Tiada negeri lain di SUKMA yang berjaya memenangi tiga kali berturut-turut. Ia adalah satu kejayaan yang cukup hebat buat kami dan kami memenanginya kerana memulakan persiapan lebih awal,” kata Sabri.

Pahang sapu bersih emas hoki lelaki, wanita


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Onn Hafiz Syukur JDT Cipta Rekod Dunia Baharu

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker