Paip bocor disyaki punca tanah runtuh di Akademi SPRM

Paip bocor disyaki punca tanah runtuh di Akademi SPRM

Tiada tanda-tanda faktor semula jadi dikenal pasti menyebabkan runtuhan tanah di kawasan Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, tengah hari tadi.

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata berdasarkan siasatan awal Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR), kebocoran paip air bawah tanah kemungkinan menyumbang kepada insiden berkenaan.

“Bagaimanapun, JKR sedang menjalankan siasatan lanjut dan terperinci,” katanya di Facebook.

Beliau memohon kerjasama semua pihak supaya mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Nanta turut merakamkan simpati kepada mangsa terlibat dan berharap usaha mengenal pasti punca sebenar serta langkah mengawal runtuhan di lokasi kejadian dapat disegerakan.

Terdahulu, dilaporkan seramai 76 petugas pentadbiran SPRM dan IIM berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan berkenaan, kira-kira 1.30 tengah hari. FMT

Paip bocor disyaki punca tanah runtuh di Akademi SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan

Mira dedah cerita cinta dengan View Chin

Ameera Khan jadi pengantin tahun depan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker