MB Kedah tidak pegang janji – Saravanan

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan terkejut dan kecewa dengan sikap yang ditonjolkan kerajaan negeri Kedah dalam isu perobohan kuil baru-baru ini.

Saravanan yang mendakwa Menteri Besar Kedah memungkiri janji yang pernah dibuat kepadanya berkata, Muhammad Sanusi MD Nor telah berjanji untuk memaklumkan kepadanya dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique jika ada kuil yang mahu dirobohkan.

“Ingin saya tekankan disini, jaminan oleh seorang Menteri Besar ini bukan sahaja untuk kuil-kuil Hindu sahaja sebaliknya semua beribadat di seluruh di negeri Kedah.

“Tapi hari ini saya terkejut dengan tindak tanduk beliau yang bukan sahaja memungkiri janji itu malah turut merobohkan kuil yang dianuti sejak lebih 30 tahun dengan begitu sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Isu itu timbul berikutan tindakan merobohkan Kuil Sri Raja Muniswaran yang berusia 30 tahun itu oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) pada 1 Disember lalu.

Kata Saravanan, akibat tindakan itu beliau pasti sokongan masyarakat India akan berkurangan kerana mereka menganggap telah ditipu.

Beikutan itu, beliau meminta Muhammad Sanusi dan Pas memberi penjelasan mengenai tindakan majlis perbandaran itu.

Semalam Muhammad Sanusi menuduh MIC sebuah parti politik yang menghasut rakyat untuk melanggar undang-undang dan sepatutnya diharamkan ketika ini.

Bagaimanapun kenyataan Muhamad Sanusi itu dibalas oleh Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran yang menyifatkannya sebagai sebagai tidak matang. MG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker