Pulau Pinang bangkit ‘libas’ Sabah
Pulau Pinang bangkit ‘libas’ Sabah

Kuala Lumpur: Pulau Pinang bangkit untuk muncul juara selepas menewaskan Sabah pada final acara regu lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 di Arena MBSJ Puchong, hari ini.
Pulau Pinang yang membariskan Irzan Nazri (pengumpan), Imran Fazli (tekong) dan Adi Syazmin (perejam) dikejutkan apabila tewas 10-15 pada set pertama kepada Sabah.
Momentum itu tidak berjaya diteruskan oleh pemain Sabah yang dianggotai Lye Mc Dye Richo Lonlye (pengumpan), Irwanizan Seruji (tekong) dan Muhamad Sabarudin Abdul (perejam) apabila membenarkan Pulau Pinang bangkit dalam dua set seterusnya dan terpaksa akur tewas 11-15, 9-15 kepada lawan mereka itu untuk meraih pingat perak.
Kejayaan Pulau Pinang itu membolehkan mereka meraih emas kedua selepas sebelum ini turut berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara regu berpasukan.
Pingat gangsa pula menjadi milik tuan rumah, Selangor yang berjaya menewaskan Kedah secara straight set, 15-5, 15-7 dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Teruskan Momentum, Tarik Lebih Banyak Pelaburan
- Semarak Jiwa Patriotik, Kecintaan Kepada Negara Sempena Bulan Kebangsaan – Isam
- Jangan Korbankan MARA Demi Politik – Mohamad Fazly
Sementara itu, bagi regu wanita, trio Sabah, Azeira Lusian (pengumpan), Jumisa Ambong (tekong) dan Nurshazreyana Edy (perejam) memastikan Negeri di Bawah Bayu pulang dengan pingat emas kelima mereka dalam kejohanan ini selepas menewaskan Perak 2-0 pada perlawanan akhir.
Perak yang dibarisi Nur Ainin Sofiya Hairol Riduwan (pengumpan), Putri Nurleesya Fatihah Nor Azli (tekong) dan Fariesha Nur Dania Ahmad Hamri (perejam) cuba bangkit pada set kedua tetapi terpaksa akur tewas 10-15, 13-15 untuk berpuas hati dengan pingat perak.
Sarawak pula memastikan pingat gangsa menjadi milik mereka apabila berjaya menewaskan Selangor 15-4, 15-9 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.
Sementara itu, bagi acara kuadran lelaki, Selangor berjaya memenangi emas, Perak meraih perak manakala Negeri Sembilan (gangsa). Bagi wanita, Sabah seperti sukar dihentikan untuk meraih emas, Perak (perak) dan Sarawak (gangsa).
Dalam pada itu, bagi acara beregu, Sabah menguasai kedua-dua kategori untuk meraih emas. Pingat perak menjadi milik Perak manakala gangsa milik Selangor bagi kategori lelaki.
Bagi wanita pula, Perlis berjaya meraih perak manakala pingat gangsa menjadi milik Selangor.
Pulau Pinang bangkit ‘libas’ Sabah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Nilai Semula, Petugas PDK Tulang Belakang Anak Istimewa – Khairul Azwan
- ‘Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Cinta Negara’
- KPK Jadi Rakan Strategik, Pastikan Industri Getah Berdaya Saing
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.