FBI lulus tauliah mengajar Jais
FBI lulus tauliah mengajar Jais
Penyampai radio dan pengacara Faizal Ismail atau FBI lulus permohonan tauliah mengajar dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Ia selepas Faizal, 46, hadir bagi menjalani sesi temu duga Tauliah Mengajar dari Bahagian Pengurusan Dakwah Jais pada awal Ogos lalu.
Faizal berkata, tauliah mengajar itu berkuat kuasa pada 22 September lalu hingga 30 Jun 2025.
“Alhamdulillah terima perkhabaran gembira ini di Tanah Suci Makkah. Syukur tak terhingga. Selepas melalui dua proses penilaian secara teori dan lisan, permohonan Tauliah Mengajar dari Jais lulus.
“Namun, perlu saya akui ia bukanlah satu proses yang mudah kerana kedua-dua penilaian mempunyai cabaran yang tinggi tanpa sebarang prejudis. Apa pun semuanya atas kehendak dan izin Allah SWT jua,” katanya.
Menurut Faizal, dia tidak mengajar ilmu khusu dalam agama.
“Tauliah mengajar yang ditawarkan kepada saya adalah kategori D4 iaitu Motivasi-Pembangunan Insan. Jadi, saya bukanlah mengajar ilmu khusus dalam agama kerana saya juga masih perlu banyak belajar.
“Namun, kategori motivasi seperti yang tertera di dalam surat tawaran akan memudahkan pergerakan saya untuk memenuhi hajat pihak yang mahu menjemput untuk sama-sama berkongsi manfaat.
“Terima kasih tak terhingga kepada Jais atas penganugerahan tauliah ini. Jais turut menggalakkan supaya lebih ramai mereka yang mahu aktif dalam dunia dakwah agar memohon pentauliahan supaya tidak timbul perkara yang berbangkit di kemudian hari. Insya-Allah moga ini menjadi bukti sesiapa jua boleh memohon asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya. HM
FBI lulus tauliah mengajar Jais
Baca Artikel Menarik:
- Pemandu menang saman kes jalan berlubang seru pengguna pertahan hak
- Penampilan seksi Dolla, tunggu penjelasan pihak Universal
- Pas ramai jurucakap tanpa tauliah – Nasrudin
- PH malam jadi manusia, siang jadi ular
- PAS sasar 30 kerusi, termasuk 5 tembung Bersatu – Sumber
- Elok bubar MPN, ditubuhkan pun sebab jaga air muka Muhyiddin saja
- Mahathir tak pernah insaf – Anwar
- Pensyarah lucah tawar RM20,000 tutup kes
- Saya mangsa keadaan – Noraniza Idris
- Pelajar cemerlang PNGK 3.95 musykil gagal UPU
- MB Kedah perangai jangan macam budak- budak
- Mahkamah dimaklumkan Kerabat Arab Saudi beri Najib AS$100 juta
- Rafizi ancam penjarakan pihak laksana PRU masa banjir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.