Kanak-kanak Palestin meninggal dunia serangan jantung dikejar tentera Israel

Kanak-kanak Palestin meninggal dunia serangan jantung dikejar tentera Israel

Baitulmaqdis: Seorang kanak-kanak lelaki Palestin meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dikejar tentera rejim Israel di Tebing Barat pada Khamis, dengan Washington menyokong siasatan dijalankan.

Rayyan Suleiman yang berusia tujuh tahun pulang dari sekolah bersama murid lain di kampung Tuqu sebelum mereka dikejar tentera rejim zionis itu.

“Dia (Rayyan) mati di tempat kejadian kerana ketakutan,” kata bapanya, Yasser dalam video yang tular di media sosial.



Seorang pegawai perubatan yang memeriksa mayat kanak-kanak itu memberitahu Reuters, tiada sebarang trauma fizikal dan kematian itu kelihatan konsisten dengan kegagalan jantung.

Kementerian Luar Palestin mengutuk insiden itu sebagai ‘jenayah jelek’ oleh Israel.

Bagaimanapun, jurucakap tentera Israel berkata, ketika kejadian, tentera di kawasan berhampiran mencari warga Palestin yang disyaki melarikan diri ke kampung itu selepas membaling batu ke arah tentera rejim itu.

“Siasatan awal menunjukkan, pencarian yang dilakukan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di kawasan itu tiada kaitan dengan kematian tragis kanak-kanak itu,” kata jurucakap itu.



Sebaliknya, penduduk Palestin berkata tidak ada kejadian membaling batu pada masa itu.

Di Washington, Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Vedant Patel berkata, Amerika Syarikat sedih dengan berita kematian kanak-kanak Palestin yang tidak bersalah itu.

“Kami menyokong penyiasatan menyeluruh dan segera mengenai kematian kanak-kanak itu” katanya. HM

Kanak-kanak Palestin meninggal dunia serangan jantung dikejar tentera Israel




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker