Perbincangan Top Five UMNO

Perbincangan Top Five UMNO

Mesyuarat Top Five (lima pemimpin utama) UMNO yang diadakan hari ini berjalan lancar.

Salah seorang ahlinya yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, hasil mesyuarat akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini.



“Meeting (mesyuarat) berjalan baik, akan bawa ke MKT UMNO untuk diluluskan. Bincang apa? Bincang macam-macam hal,” katanya ketika keluar meninggalkan Menara Dato’ Onn sebentar tadi.

Khaled bagaimanapun enggan memperincikan isi kandungan mesyuarat yang diadakan hari ini.

Lima pemimpin utama UMNO antaranya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan dan dua lagi naib presiden iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri.

Awal hari ini, mesyuarat lima pemimpin tertinggi UMNO yang dikatakan akan membincangkan persiapan dan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).



Sebelum ini, Khaled memuatnaik beberapa keping gambar mengenai mesyuarat itu di Facebook.

Perjumpaan ini dipercayai bagi membincangkan berkenaan PRU-15 sebelum mesyuarat MKT UMNO berlangsung malam ini. MG

Perbincangan Top Five UMNO




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker