Yusuf al-Qaradawi tokoh pemimpin ulung Islam
SHAH ALAM – Ulama tersohor, Profesor Dr Sheikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi ialah sebenar-benarnya tokoh pemimpin dan murabbi ulung Islam.
Beliau yang berasal dari Mesir merupakan bekas Ketua Kesatuan Ulama Sedunia dan pemimpin spiritual gerakan Ikhwanul Muslimin.
Dilahirkan pada tahun 1926 ketika Mesir masih di bawah pemerintahan kolonial British, Yusuf al-Qaradawi semasa muda menggabungkan pendidikan agama dengan aktivisme antikolonial.
Malah perjuangannya menentang pendudukan British dan penglibatannya dalam Ikhwanul Muslimin menyebabkan beliau ditangkap beberapa kali pada tahun 1950-an.
Beliau berpindah ke Qatar pada awal 1960-an apabila dilantik sebagai Dekan Fakulti Syariah di Universiti Qatar sebelum diberikan kewarganegaraan Qatar.
Sepanjang hayatnya, Yusuf al-Qaradawi dilaporkan telah mengarang lebih 170 buku dan antara bukunya itu turut menyentuh tentang sebahagian besar umat Islam global.
Beliau sering bercakap tentang pelbagai isu zaman moden termasuk soal pilihan raya, demokrasi dan keadilan sosial selain mempunyai hubungan rapat dengan ramai pemimpin agama dunia lain untuk mewujudkan keharmonian dan menghapuskan kebencian antara agama.
Berikutan itu, berita pemergian Yusuf al-Qaradawi pada Isnin mengundang kesedihan umat Islam termasuk pemimpin-pemimpin di negara ini yang menzahirkan rasa kehilangan itu menerusi media sosial.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menyifatkan pemergian Allahyarham Yusuf al-Qaradawi sebagai kehilangan besar buat umat Islam seluruh dunia.
“Beliau ulama, pejuang gerakan Islam dan pemikir Islam kontemporari yang banyak menyumbang kepada dunia Islam melalui keilmuan dan karya-karyanya yang masyhur.
“Sungguh besar peranan dan sumbangan beliau demi kemaslahatan umat Islam dunia.
“Semoga ALLAH merahmati Allahyarham dan memasukkannya dalam kalangan hamba-Nya yang soleh,” katanya di Facebook.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muhammad Fauzi Asmuni menjelaskan, beliau dan rakan-rakannya yang sama-sama belajar di Mesir membesar dengan pemikiran Allahyarham daripada buku-buku karya ulama itu.
“Buku-bukunya yang banyak, ditelaah satu persatu bahkan ada beberapa yang dijadikan sebagai bahan diskusi beramai-ramai dari kulit ke kulit.
“Setiap kali pesta buku antarabangsa pada bulan Januari atau Februari, buku-buku barunya akan sentiasa dicari,” ujarnya.
Menurut Muhammad Fauzi, tulisan Allahyarham adalah kajian ilmiah yang memberikan pandangan tajam terhadap isu semasa sama ada dalam masalah syariah atau dakwah dan sebagainya.
“Ideanya sentiasa segar dan unik. Bahasanya mudah difahami walaupun membincangkan topik yang berat.
“Fatwa-fatwanya ditunggu-tunggu oleh semua. Beliau berani menyanggah pandangan dan pendirian salah termasuklah dari kerajaan Qatar yang memberikannya kewarganegaraan,” ujar beliau.
PROFIL YUSUF AL-QARADAWI
Nama sebenar: Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf
Umur: 96 tahun
Tarikh lahir: 9 September 1926
Negara kelahiran: Mesir
Negara kini menetap: Qatar
Pendidikan tertinggi: Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Al-Azhar
Profesion: Pemikir, Sarjana, Ulama Sunni
Sumbangan:
– Dikenali komuniti antarabangsa kerana mempunyai pandangan yang tegas tentang konflik Israel-Palestin.
– Pernah menggunakan pendekatan lebih lembut terhadap kumpulan syiah ketika ketegangan tercetus antara Qatar dan Arab Saudi.
– Antara ulama yang menyokong revolusi Arab Spring di Kaherah pada tahun 2011 yang menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak.
– Yusuf al-Qaradawi menjawat pelbagai jawatan penting sepanjang penglibatannya dalam bidang keilmuan Islam, antaranya Ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah serta Presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa.
– Beliau mengarang lebih daripada 150 buah buku dalam pelbagai bidang seperti fiqh dan usul fiqh, ekonomi Islam, al-Quran dan sunnah, akidah Islam, dakwah pendidikan dan sebagainya.
– Hasil tulisannya berjudul The Lawful and Prohibited in Islam turut diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan menjadi titik rujukan utama kepada umat Islam di seluruh dunia.
– Malaysia pernah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau yang mengiktiraf sumbangan dan jasa besar individu sempena sambutan tahun baharu Islam pada tahun 2009.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ebit Lew ‘orang besar’, pengadu takut buat laporan, mahkamah diberitahu
- Kapal Angkasa Kecil NASA DART Hentam Asteroid Dimorphos [VIDEO]
- Pekerja Pembinaan Maut Tertimbus Runtuhan Konkrit
- Madrasah Darussolihin tuntut ganti rugi RM20 juta, permohonan maaf
- Mahathir dan Anwar penjahanam
- Hipokritnya Rafizi, redah banjir bawa fitnah
- DAP kunci mulut berhubung kritikan Ronnie Liu
- Sanggah kenyataan Muhyiddin: Ahli PAS diminta setia kepada arahan Mursyidul AM
- Syarahan ekonomi Rafizi setaraf persediaan pelajar SPM – Shaiful
- Bersatu mungkin tak sokong Bajet 2023 – bekas menteri
- Patuh atau keluar, pindaan DAP tidak demokratik – Ronnie Liu
- Wanita diperkosa depan suami
- Jet pejuang lakukan aksi lagak ngeri, nyaris langgar jambatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut
Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.