Syed Badli nasihat Rafizi fahami nilai adab kerja berpasukan

Syed Badli nasihat Rafizi fahami nilai adab kerja berpasukan

Bekas naib ketua pemuda PKR (AMK) Syed Badli Shah Syed Osman mencadangkan supaya bekas naib presiden parti itu, Rafizi Ramli untuk memahami nilai adab kerja berpasukan dalam perjuangan parti.

Mengulas mengenai kenyataan Rafizi semalam yang menyeru semua calon yang bertanding dalam Pemilihan PKR kali ini untuk menjelaskan pendirian mereka, Syed Badli berkata hala tuju parti perlu diputuskan secara berjemaah.



“Di sinilah peri pentingnya peranan setiap pimpinan untuk menyumbang tenaga dan idea demi memantapkan agenda perjuangan parti secara bersama.

“Sesungguhnya organisasi parti tidak boleh dipacu dengan agenda peribadi mahupun cara kerja segelintir mereka yang tidak memahami konsep kerja secara berjemaah.

“Justeru itu saya mencadangkan kepada Rafizi untuk kembali menginsafi nilai teras pemahaman kerja secara berpasukan dalam adab berorganisasi,” kata naib ketua PKR Damansara itu dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Rafizi dalam satu hantaran di Facebook menyeru semua calon untuk menjelaskan pendirian mereka mengenai dua perkara penting iaitu berhubung hala tuju parti untuk tempoh setahun ke tiga tahun akan datang, terutamanya berhubung strategi pilihan raya, serta bentuk dan sumbangan gerak kerja setiap calon yang boleh melonjakkan peluang PKR menang dalam PRU nanti.



“Saya meneliti kenyataan media yang dikeluarkan oleh Rafizi bagi menggesa calon-calon pemilihan parti untuk menyatakan hala tuju parti sebagai tidak menepati adab berorganisasi dan konsep kerja secara berpasukan,” kata Syed Badli.

Pada masa sama, dia turut memetik Fasal 1.2 Perlembagaan PKR yang menyatakan bahawa Kongres Nasional adalah badan tertinggi dalam parti dengan kuasa untuk menentukan perjalanan dan arah tuju parti.

“Ini bermaksud bahawa hala tuju parti perlu diputus secara berjemaah dalam adab kerja berpasukan oleh badan tertinggi dalam parti iaitu Kongres Nasional,” kata Syed Badli.

Rafizi akan menentang Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dalam pemilihan parti pada Mei ini bagi jawatan timbalan presiden.



Sebelum ini, Syed Badli turut menyatakan keyakinannya bahawa Saifuddin lebih sesuai memegang jawatan timbalan presiden kerana pengalaman dan kesetiaannya kepada parti.

Bagaimanapun, katanya dia bersedia untuk menyokong Rafizi juga jika bekas ahli parlimen Pandan itu memilih untuk mempertahankan jawatan naib presiden.

Syed Badli nasihat Rafizi fahami nilai adab kerja berpasukan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung



Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker