Misteri terungkai, 2 beranak dituduh kes penemuan rangka budak

Misteri terungkai, 2 beranak dituduh kes penemuan rangka budak

SEREMBAN: Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, bulan lalu.

Tertuduh Khalid Redza Shuib, 41 dan anak perempuannya berusia 18 hanya mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Menurut pertuduhan, mereka secara bersama pada 3 Mac 2022 lebih kurang jam 7 malam di sebuah rumah di Taman Nee Yan di Seremban telah menyebabkan kematian Hanan Hasrul Izwan, 5.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Khalid Redza turut didakwa membunuh Meriammah Abdullah Basam, 29, pada tarikh antara 15 Mac 2022 hingga 17 Mac 2022 di lokasi sama.

Bagi pertuduhan itu juga tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh hanya mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin.

Selain itu di Mahkamah Sesyen pula, Khalid Redza didakwa menyebabkan cedera parah ke atas Siti Syarifah Aibiddin, 35, dengan cara menyimbah air panas sehingga kulitnya melecur yang dilakukan antara 1 Disember 2021 hingga 24 Mac 2022.

Pertuduhan bagi kes itu dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan denda serta sebat.

Peniaga itu juga didakwa mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 melakukan kesalahan pengabaian Sufiy Hasrul Izwan, 20 bulan di lokasi sama pada 1 Disember 2020 hingga 23 Mac 2022.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Abu Hassan.

Mahkamah menetapkan kesemua pertuduhan berkenaan disebut semula pada 17 Mei ini dan tiada jaminan ditawarkan.

Dalam pada itu di Mahkamah Majistret, Khalid Redza mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah ke atas Siti Syarifah Aibiddin, 35 yang dilakukan di lokasi sama antara 1 Disember 2021 hingga 23 Mac 2022.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan denda.

Mengikut fakta kes, pada 23 Mac itu, seorang doktor di Hospital Tuanku Jaafar di sini yang melakukan pemeriksaan terhadap mangsa mendapati dia mengalami luka yang pelbagai peringkat iaitu dari luka baru sehingga yang telah sembuh menandakan luka melecur tersebut dialami berulang kali pada masa yang berbeza.

Selain itu luka melecur di bahagian belakang mangsa juga mempunyai bentuk bersegi-segi seolah-olah ditekap dengan objek panas selain turut mengalami patah tulang femur sebelah kanan dan mukanya mengalami luka-luka kecil.

Akhbar ini pada Khamis lalu melaporkan polis menemui rangka dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di lokasi pencarian di Jalan Bukit Zamrud selepas operasi pencarian dilakukan sejak 28 Mac lalu.

Pada 28 Mac lalu juga polis membawa seorang wanita yang dipercayai ada kaitan dengan penemuan mayat wanita di kawasan gaung dekat Jalan Lama Bukit Putus ke satu kawasan belukar di Jalan Bukit Zamrud bagi menunjukkan lokasi tempat kanak-kanak itu ditanam. BH

Misteri terungkai, 2 beranak dituduh kes penemuan rangka budak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker