Beli corndog inti angin

Beli corndog inti angin

Setiap hari ketika musim Ramadan ini sering kali kita dengar tentang masalah juadah berbuka yang dijual di bazar.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Twitter @Myjoe_ yang tidak berpuas hati dengan corndog yang dibelinya apabila separuh juadah tersebut dilitupi ‘angin’.

Jelasnya, pada kebiasaan makanan tersebut diisi dengan sosej besar di dalamnya, namun kali ini separuh daripada makanan tersebut adalah kosong.



“Ada yang kata memang corndog dapat sosej separuh. Aku yang lalai kot tapi setakat ni makan corndog tak pernah dapat sosej separuh. So kalau yang full sosej nama dia bulldog ke?

“Separuh sosej separuh keju. Faham. Tapi yang ni separuh sosej separuh angin,” ujarnya.

Rata-rata orang ramai juga turut bercerita berkenaan kisah mereka yang turut terkena nasib yang sama ketika membeli makanan di bazar Ramadan.

“Baik PKP balik la, kalau macam ni punya perangai. Kita ni nak tolong Melayu meniaga. Kata susah sangat masa PKP, tapi yang macam ni memang tidak pernah bersyukur.



“Saya beli mee kari semalam, tak tahu la dia masak bila mungkin awal lagi kot, sampai rumah buka saya hidu kuah dia dah basi, berbuka dengan kurma sahaja semalam,” jelas @Thesipoot.

“Macam ni la kalau orang kita meniaga, cuba la ikhlas sikit. Tak kaya pun buat macam ni,” kata @Nadia_Nabila. K Online

Beli corndog inti angin


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker