Ucapan RIP: mufti-mufti berbeza pandangan, ada yang melarang ada yang mengharuskan
PETALING JAYA: Di sebalik percanggahan pendapat dalam kalangan ulama dan sarjana Islam mengenai ucapan “Rest In Peace” atau RIP, beberapa mufti tampil menjelaskan ia dibolehkan jika tiada niat untuk mendoakan kerahmatan dan keampunan bagi roh yang bukan Islam.
Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, tiada hukum jelas dalam al-Quran yang melarang umat Islam menyebut perkataan RIP (bersemadi dengan tenang).
“Bergantung kepada niat, apa niat kita kata macam itu? Kita kata RIP itu bermaksud dia sudah tidak lagi memikul bebanan hidup, terutama sebagai ketua negara besar macam tu (Ratu Elizabeth II).
“Jadi, kalau niat macam tu tak mengapa atau dia meninggal dunia, maknanya kesihatan yang dialaminya di hujung hayat dah berakhir, maka dia amanlah. Tetapi, apa yang dilarang adalah untuk kita berdoa kepada Allah merahmati dan mengampunkan dosanya. Itu tidak boleh, sebab itu bukan orang Islam,” katanya kepada FMT
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, umat Islam di negara ini perlu mengikut pandangan mufti dan ulama tempatan berhubung ucapan “RIP” kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia.
Beliau mengulas pendapat sarjana terkenal Turki, Mustafa Akyol bahawa orang Islam boleh mengucapkan “RIP” bagi menyuarakan takziah kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia.
Pandangan itu sebagai membalas kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini bahawa orang Islam dilarang mengucapkan “RIP” kerana orang Islam tidak boleh mendoakan keampunan untuk orang bukan Islam seperti dinyatakan dalam beberapa hadis.
Menjawab pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan itu, Wan Salim berkata, disebabkan tiada bukti bertulis atau peruntukan teks dalam hadis atau al-Quran yang melarang umat Islam mengucapkan RIP kepada bukan Islam, setiap pandangan ulama boleh berbeza.
“Mengenai Pejabat Mufti Wilayah kata tak boleh ucap RIP itu pandangan dia. Sebab dalam isu ini, boleh berbeza pandangan kerana tiada textual (bertulis)…kita tak boleh harap sama (pandangan) saja,” katanya.
Sementara itu, Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman berkata, memberi penghormatan atau mengucapkan salam takziah sebagai tanda hormat kepada pemergian orang bukan Islam diharuskan dalam Islam.
Katanya, ia merujuk satu peristiwa di mana Nabi Muhammad bangun berdiri sebagai penghormatan kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia.
“Bila ada orang bukan Islam meninggal, Rasulullah bangun sebagai penghormatan kepada yang meninggal. Kalau sebagai penghormatan, itu tak apa dan tak salah, tetapi kalau ada bentuk pemujaan atau berbentuk keagamaan itu dilarang.
“Maknanya, penghormatan kepada orang bukan Islam yang mati diharuskan berdasarkan kisah Rasulullah berdiri beri penghormatan kepada jasad bukan Islam,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Perak kaya atau Teong Kim tiada kerja – TMJ
- Ringgit jatuh ke paras RM4.56 berbanding dolar AS
- Najib sedang dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras
- Suami bunuh diri, wasiat isteri bayarkan hutang
- Bekas Presiden MCA sertai Warisan?
- Apa masalah Dira dilantik? – Zahidi
- Adakah Pas anggap Muhyiddin musuh utamanya sekarang? – Asyraf
- BN tak akan bekerjasama dengan PBM – Isham
- Pemandu samseng jalanan di Bandar Tun Hussein Onn diburu Polis
- Janda diserang dan ditetak bekas suami di tepi jalan
- Korea Selatan buru pengasas mata wang kripto, RM182 bilion lesap
- Dulu nak Mora out, sekarang nak balik
- Pemuda Bersatu dakwa Muhyiddin beri nasihat tapi Ismail tak buat apa-apa
- Banyak cadangan PM dibantah rakan kerajaan, elok bubar saja Parlimen
- Adik maut dilibas abang guna parang sabit
- Jangan sampai dipijak orang ketiga – Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.