Zila Bakarin Naik Angin Dengan Tuduhan Netizen
“Kau Ni Bertuhankan Messi Ek?”
Zila Bakarin Naik Angin Dengan Tuduhan Netizen

Pelakon Zila Bakarin tampil membalas dakwaan seorang pengguna Threads yang mengaitkan dirinya dengan pemain bola sepak terkenal, Lionel Messi sehingga mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.
Semuanya bermula apabila seorang peminat bola sepak mendakwa Zila pernah menggelar Messi sebagai “keldai” selain memperlekehkan fizikal pemain itu yang bertubuh rendah.
Malah, individu terbabit turut menulis,
“Typical FOMO fans. Calling Messi as ‘keldai’ pastu perlekahkan fizikal Messi yang pendek. How did dia tak tau yang menggelar orang sebagai haiwan dan memperlekehkan seseorang tu adalah perbuatan dosa? Sedangkan post dia penuh dengan Islamic post. Benci boleh tapi jangan melebih².”
Tidak berdiam diri, Zila tampil membalas kenyataan tersebut dengan nada berang kerana mendakwa dirinya telah difitnah.
“Bro.. awak ape hal?.. aku ada mentioned nama org ke kat situ?.. keldai is Messi tu ko yg tulis.. bkn aku.. ko tuduh aku penunggang agama.. sape yg tunggang skrg?.. ko ni bertuhankan Messi ek?!” tulisnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Muak Fitnah Dan Politik Kebencian, BN Menang Besar Di Johor
- Zahid Hamidi Ucap Tahniah, Onn Hafiz Menteri Besar Johor


Perkongsian balas itu kemudian mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. Ada yang mempertahankan Zila dengan menyatakan pelakon itu langsung tidak menyebut nama mana-mana pemain bola sepak dalam hantaran asalnya, manakala sebahagian lagi terus mempertahankan idola mereka.
Tinjauan MURAI mendapati hantaran asal Zila sebelum ini sememangnya tidak menyebut nama Lionel Messi atau mana-mana pemain bola sepak secara khusus. Namun, ia tetap ditafsirkan oleh segelintir netizen sehingga mencetuskan salah faham dan perang komen dalam kalangan penyokong bola sepak.
Nampaknya, dalam dunia media sosial hari ini, satu hantaran yang bersifat umum juga boleh bertukar menjadi medan perdebatan apabila ia dikaitkan dengan individu atau isu tertentu.
Zila Bakarin Naik Angin Dengan Tuduhan Netizen
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Perluas Kolej Kediaman IPTA Melalui Kerjasama Awam-Swasta
- Pemantauan Digital Mampu Perkukuh Penguatkuasaan Rantaian Bekalan Padi Dan Beras
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.