Netizen Dakwa Kena ‘Game’ Dengan Abby Abadi?
Tak Gaduh Dengan Anak Saya”
Netizen Dakwa Kena ‘Game’ Dengan Abby Abadi?
Pelakon Abby Abadi sekali lagi menjadi tumpuan umum apabila Instagram Stories anak keduanya, Marissa Dania Hakim memaparkan dua beranak itu sedang menikmati hidangan daging wagyu di sebuah restoran.
Dalam hantaran lain, Marissa turut memuat naik gambar, menggayakan gelang tangan sepadan dengan Abby, menggambarkan hubungan mereka masih lagi erat di tengah-tengah kemelut keluarga.

Di platform Threads pula, seorang pengguna telah mendakwa bahawa warganet telah ‘dipermainkan’ oleh Abby. Untuk makluman, pelakon itu pernah memuat naik beberapa hantaran yang meluahkan kekecewaannya semasa kemelut keluarga berlaku. Disebabkan oleh luahannya, ramai warganet tampil menyebelahinya dan memberikan kata-kata semangat.
“Netizen okay ke tu? Ni Marissa elok je lepak dengan Mama dia. Macam tu je kita kena game.”

Walau bagaimanapun, Abby tampil mendedahkan bahawa dia tidak pernah bergaduh dengan anak keduanya tetapi segelintir pihak. Abby turut menjelaskan perjumpaan mereka itu tidak dirancang.

“Anak Mama @marissadania_ datang menolong semalam. Sajalah bagitahu hihi. Tak berjanji pun. Tak merancang apa-apa saya sedang sibuk nak main kain semula. Tapi tetap juga tersama bajunya. Comelkan baju kami.”
Netizen Dakwa Kena ‘Game’ Dengan Abby Abadi?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Perluas Kolej Kediaman IPTA Melalui Kerjasama Awam-Swasta
- Pemantauan Digital Mampu Perkukuh Penguatkuasaan Rantaian Bekalan Padi Dan Beras
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET

You must be logged in to post a comment.