Isteri ditikam suami kerana curang dalam mimpi
BRASILIA – Seorang lelaki di Planaltina, Brazil dituduh menikam isterinya selepas terjaga dari mimpi yang memaparkan wanita itu menjalinkan hubungan sulit, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Lelaki berusia 37 tahun itu menikam isteri yang dikahwininya sejak 13 tahun lalu pada leher, tulang selangka dan tangan dalam kejadian di rumah mereka.
Insiden dikatakan berlaku pada 9 Ogos lalu, manakala suspek melarikan diri dan ditahan lima minggu kemudian.
Menurut polis, pasangan suami isteri yang memiliki empat anak itu bertengkar di tengah malam selepas suspek bermimpi pasangannya menjalinkan hubungan sulit.
Suspek yang identitinya tidak didedahkan oleh polis, mengambil sebilah pisau dan dikatakan mengugut mangsa ketika bertanya tentang mimpinya.
Mangsa menafikan sebarang salah laku dan meyakinkannya bahawa itu hanyalah khayalan lelaki berkenaan.
Menyangka perkara tersebut selesai, mangsa kembali menyambung tidur, namun suspek dipercayai masih teringat-ingat akan mimpinya hingga menimbulkan rasa marah.
Lelaki itu kemudiannya mengambil pisau dan menikam badan mangsa berulang kali.
Bagaimanapun, isterinya bernasib baik kerana berjaya melarikan diri daripada serangan itu dan dibawa ke hospital oleh jiran-jiran.
“Suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan penjelasan isterinya kerana menganggap mimpinya sebagai petunjuk sebelum mengambil pisau dan menikam mangsa.
“Wanita itu sempat melarikan diri dan sedang dirawat di sebuah hospital perbandaran,” kata ketua polis tempatan, Thiago Cesar.
César berkata, lelaki itu mengaku melakukan jenayah itu dan dia mempunyai rekod jenayah lampau.
Dia kini berdepan pertuduhan cubaan membunuh. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sempat elak banjir kalau Parlimen bubar awal Oktober – Asyraf
- Ganjaran RM150,000 jika jumpa Chong Loong
- Sugar mummy, Fasha Sandha sedia dikecam
- Foto Anwar terima tetamu ketika dirawat di hospital tular
- Hubungan seksual lebih nikmat bila sihat
- Kereta terbabas, lima pelajar UiTM tak dapat hadir konvokesyen
- Serangan Muhyiddin terhadap Ismail bukti politik negara tidak stabil – Zahid
- Anak dara Tiara Jacquelina, ikut wajah arwah ayahnya
- Ismail lebih bagus dari Muhyiddin sebagai PM – Adun PKR
- Ucapan RIP: mufti-mufti berbeza pandangan, ada yang melarang ada yang mengharuskan
- PH tiada harapan dapat undi Melayu dalam PRU-15
- Korang ini Majlis Peguam atau Majlis Penasihat PH? – Asyraf
- Bersatu tidak boleh dibuat kawan: Pemuda UMNO Kedah
- Caprice sedia diheret ke mahkamah
- Bayaran tidak setimpal dan lambat bayar buat guru ‘give up’ dengan KPM
- Upah ‘pelakon’ RM10k untuk rompak dan bunuh suami
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.