Boeing 767 terbabas, rempuh kenderaan di jalan raya
Boeing 767 terbabas, rempuh kenderaan di jalan raya

MIAMI, FLORIDA – Sekurang-kurangnya lima orang terkorban, manakala lima lagi cedera apabila pesawat kargo milik gergasi peruncitan Amazon terbabas dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami dan merempuh beberapa kenderaan di jalan raya berhampiran, lapor akhbar New York Post.
Nahas menjelang pukul 2 petang (waktu tempatan) semalam itu melibatkan penerbangan Prime Air 7598 yang merupakan pesawat Boeing 767 dikendalikan syarikat 21 Air.
Ketika kejadian, pesawat itu dalam proses mendarat selepas terbang dari Puerto Rico.
Menurut pihak berkuasa, pesawat meluncur keluar dari landasan sebelum merempuh laluan awam dan terbakar.
Datuk Bandar Daerah Miami-Dade, Daniella Levine Cava mengesahkan jumlah korban dan menambah, tiga mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama Politik UMNO Perlu Ambil Kira Mood Rakyat’
- Ismail Lasim Fokus Tadbir Negeri Sembilan, Junjung Taat Setia Kepada Tuanku Muhriz
Setakat ini, pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan perincian mangsa yang terkorban dan cedera, sama ada melibatkan anak kapal atau pengguna jalan raya.
Bagaimanapun, dua juruterbang pesawat itu dilaporkan terselamat dan dibawa ke hospital berdekatan bersama tiga mangsa lain, lapor saluran berita NBC 6.
Jabatan Bomba Miami-Dade menyatakan, 60 unit jentera dan pasukan perubatan telah dikerah ke lokasi untuk memadamkan kebakaran serta memberikan rawatan kecemasan awal. – AGENSI
Boeing 767 terbabas, rempuh kenderaan di jalan raya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pra-PAU 2026: UMNO Jemput Keluarga Besar, Orang Ramai Hadir Dua Program Utama
- Persiapan Giat Dilaksana, Bakal Sambut Perwakilan PAU 2026
- PAU 2026: Medan Penentu Strategi Politik Masa Hadapan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU Pemuda UMNO Bakal Angkat Isu Anak Muda, Kerjasama Politik
You must be logged in to post a comment.