Penerbangan Malaysia Airlines ke Jeddah dilencongkan ke Chennai, ada ‘masalah teknikal’

Penerbangan Malaysia Airlines ke Jeddah dilencongkan ke Chennai, ada ‘masalah teknikal’

Penerbangan Malaysia Airlines ke Jeddah dilencongkan ke Chennai, ada ‘masalah teknikal’
Gambar hiasan.

HYDERABAD – Sebuah penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Jeddah dilencongkan ke Chennai, India pada Isnin selepas disyaki mengalami masalah pada satu daripada enjinnya, menurut laporan media India.

Penerbangan MH156 yang membawa 186 penumpang melakukan pendaratan cemas l di Lapangan Terbang Chennai sebelum pesawat itu dibawa ke ruang parkir, manakala penumpang disediakan penginapan di lapangan terbang, menurut laporan Times of India.

“Terdapat masalah teknikal membabitkan enjin nombor dua.

“Syarikat penerbangan dan pasukan teknikal berkaitan sedang menjalankan penilaian lanjut terhadap pesawat serta masalah berkenaan,” kata jurucakap lapangan terbang kepada agensi berita PTI.

Menurut The Hindu yang memetik pegawai Pihak Berkuasa Lapangan Terbang India (AAI), penerbangan itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 3.30 petang sebelum juruterbang mengesyaki berlaku kerosakan pada enjin dan meminta kebenaran untuk mendarat di Chennai. – Bernama

Penerbangan Malaysia Airlines ke Jeddah dilencongkan ke Chennai, ada ‘masalah teknikal’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Merancang Masa Depan Bagan Datuk Hingga 2050

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker