Kerana tanah tembak isteri

Kerana tanah tembak isteri

Jerantut: Akibat perselisihan faham dan tidak puas hati dengan agihan wang hasil penjualan tanah, seorang lelaki warga emas menembak isterinya sebelum menembak diri sendiri dalam kejadian di sebuah kampung di Mukim Tembeling dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa seorang pesara renjer hutan berusia 73 tahun cedera di leher dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara, isterinya yang juga pesara renjer hutan berusia 67 tahun cedera di rusuk di bahagian belakang rusuk kiri meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Jerantut.



Ketua Polis Daerah Superintendan Mazlana Hassan berkata, polis menerima maklumat dari ketua kampung pada 8.30 pagi memaklumkan kejadian berkenaan.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian iaitu belakang bahagian dapur rumah berkenaan menemui seorang lelaki dalam keadaan terduduk bersama selaras senapang patah.

“Seorang saksi yang tinggal di sebuah inap desa berhampiran rumah mangsa dikatakan mendengar dua das bunyi tembakan, sebelum mendengar suara meminta tolong.

“Saksi memaklumkan melihat seorang wanita terbaring di bahagian belakang dapur dalam keadaan sedar dan berlumuran darah sambil meminta tolong,” katanya.



Mazlana berkata, wanita itu kemudian dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan.

Katanya, wanita terbabit cedera di bahagian belakang rusuk sebelah kiri dan disahkan meninggal dunia di Hospital Jerantut.

“Difahamkan pergaduhan suami isteri itu berpunca daripada isterinya yang tidak memberi wang hasil jualan tanah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan masih dijalankan,” katanya menambah lelaki berkenaan mempunyai lesen senjata api.



Sementara itu seorang saksi, Ahmad Yassin Abdul Rahman, 52 yang menyewa inap desa berhampiran berkata, dia terdengar bunyi dua letupan dalam tempoh selang tiga minit pada 7.30 pagi.

“Saya bersama seorang lelaki pergi ke rumah berkenaan untuk melihat apa yang berlaku.

“Kami melihat seorang perempuan terbaring sambil minta tolong, sebelum membawanya ke hospital,” katanya. HM

Kerana tanah tembak isteri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker