Rogol remaja, gantung mayat mangsa di pokok

Rogol remaja, gantung mayat mangsa di pokok

Polis India, pada Khamis, menahan enam lelaki kerana dituduh melakukan jenayah rogol beramai-ramai dan membunuh dua beradik perempuan yang mayatnya ditemukan tergantung pada pokok di luar kampung mereka, sehingga mencetuskan protes.

Mangsa berusia 15 dan 17 tahun itu adalah daripada komuniti Dalit, etnik terendah dalam sistem kasta Hindu, yang kerap mengalami tahap keganasan seksual di negara mempunyai kadar jenayah terhadap wanita itu.

Ketua polis tempatan, Sanjiv Suman berkata, suspek pada Rabu memikat mangsa ke padang di mana mereka menyerang mereka secara seksual dan kemudian membunuh gadis berkenaan dengan selendang mangsa.

Berpuluh-puluh penduduk tempatan termasuk keluarga remaja terbabit mengadakan protes jalanan berhampiran kampung mereka di negeri utara Uttar Pradesh, bagi menuntut hukuman terhadap tertuduh.

Seorang suspek utama, yang adalah jiran remaja perempuan itu sudah pun ditahan selepas pertempuran dengan polis yang menyebabkan dia ditembak di kaki.
Advertisement

Laporan bedah siasat mengesahkan serangan seksual dan sesak nafas sebagai punca kematian, kata Sanjiv.

Hampir 32,000 kes rogol dilaporkan di India pada 2021, menurut angka kerajaan, tetapi lebih banyak lagi dianggap tidak dilaporkan.

Tahun lalu, pihak berkuasa Uttar Pradesh segera melakukan bedah siasat ke atas mangsa rogol Dalit yang dibunuh oleh seorang lelaki Hindu turut menyebabkan kemarahan yang meluas.

Insiden terbaharu, mengimbau kepada kes rogol dan pembunuhan dua sepupu berusia 14 dan 15 tahun daripada komuniti Dalit pada 2014 di negeri sama, yang mencetuskan kekecohan.

Gadis-gadis itu ditemukan tergantung pada pokok mangga dan polis pada mulanya menuduh lelaki kasta atas tempatan melakukan serangan seksual dan membunuh mereka tetapi siasatan polis tidak berjalan dengan lancar dan tiada siapa yang disabitkan kesalahan. HM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker