Mimi belum terfikir nak kahwin kekasihnya

Kekasih lelaki kulit hitam

Mimi belum terfikir nak kahwin kekasihnya

“Mereka baik sangat, mengalu-alukan saya, terbuka terima saya dan anggap macam keluarga.”

Demikian kata penyanyi Mimi Fly yang berkongsi mengenai penerimaan keluarga kekasihnya yang juga lelaki kulit hitam ketika bertemu mereka di Dallas, Amerika Syarikat, selama tiga minggu baru-baru ini.



Disebabkan itu, ramai yang beranggapan Mimi sudah berkahwin dengan lelaki berusia 40 tahun itu yang juga seorang doktor pakar tulang.

Mimi, 36, atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham berkata, buat masa ini dia belum terfikir mengenai perkara itu selain seronok menjalani perhubungan jarak jauh sejak tiga tahun lalu.

“Kami belum kahwin. Baru cuba mengenal hati budi dan jumpa keluarga dia. Gosip dah kahwin tak betul. Ada ketika saya fikir memang betul pun kalau dah kahwin takkan beritahu. Cuma, kalau borak dengan mak mengenai perkara ini, dia cakap kena beritahu. Tapi, ada ketika rasa nak simpan untuk diri sendiri.

“Setakat ini saya okay dan baik-baik saja dengan perhubungan jarak jauh ini. Saya menikmatinya, tak ada nak fikir sangat mengenai kahwin ini. Sebab saya dah pernah kahwin sebelum ini dan bercerai. Apabila dah bercerai, saya tak fikir sangat soal kahwin.



“Buat masa sekarang, perhubungan yang jarak jauh ini sangat menjadi untuk saya. Sebab boleh fokus kerja kemudian ambil cuti dan kami boleh berjumpa. Jadi, perhubungan sebegini sesuai dengan saya. Ia mengajar saya macam mana nak sesuaikan diri dengan pasangan dan layan pasangan,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Mimi yang juga anggota kumpulan One Nation Emcees ditemui pada majlis Exclusive Screening Hour With The Stars yang dibawakan oleh Global Hearing Care Malaysia, di sini, semalam.

Ditanya adakah dia masih trauma dengan perkahwinan terdahulu hingga membuatkan dirinya masih belum mahu berkahwin semula, Mimi berkata ia lebih kepada soal kepercayaan.

“Bukan trauma, tapi isu kepercayaan. Saya dah pernah kahwin, jadi tahu ada fasa tertentu dalam perhubungan itu. Jadi selepas dah bercerai, saya nak ambil masa kalau nak kahwin lagi. Sebab sekarang saya mahu menikmati masa.



“Saya berjumpa dengan pasangan yang sama sibuk dengan saya. Dia doktor, jadi bila jumpa dia, keluarganya pun suka dan mereka layan saya dengan baik. Sekarang saya suka perhubungan macam ni, ia menarik. Tapi sampai situ lah dulu, tak adalah fikir nak kahwin lagi. Kami dah tiga tahun bersama, walaupun jarak jauh. Bagi saya, perhubungan ini menjadi walaupun ‘slow’,” katanya.

Terdahulu, Mimi pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 namun bercerai pada November 2017. HM

Mimi belum terfikir nak kahwin kekasihnya


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]



Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker