Rafidah Aziz muncul dalam podcast ‘Keluar Sekejab’

Tan Sri Rafidah Aziz (kiri) ketika menjadi tetamu podcast Keluar Sekejap yang dihoskan Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan. – Foto Facebook Keluar Sekejap

KUALA LUMPUR: Dasar menetapkan 30 peratus kuota wanita sebagai pembuat keputusan atau ahli lembaga pengarah syarikat dilihat sebagai tindakan merugikan.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz, berkata wanita tidak sepatutnya diibaratkan sebagai ‘kekabu untuk memenuhkan ruang dijadikan bantal’

Beliau menegaskan, ramai wanita layak mengisi jawatan penting tetapi peratusan had itu menghalang potensi golongan terbabit memegang jawatan tinggi.

“Siapa yang bawa idea 30 peratus kuota mempunyai agenda tersendiri sebab lepas itu dia boleh masukkan kawan-kawan menjadi ahli lembaga pengarah syarikat.



“Kalau kita lihat kepada kemahiran, kecekapan, kemampuan dan sebagainya, kita tidak memerlukan kuota ini. Kalau wanita itu ada kelayakan dan pengalaman, ambil sahajalah.

“Rugilah organisasi itu jika tidak mengambil wanita yang betul-betul layak berbanding lelaki (dipilih) hanya kerana malas mencari calon wanita yang layak mengisi kekosongan itu,” katanya menerusi podcast Keluar Sekejap yang dihoskan Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan, hari ini.

Walaupun 30 peratus itu hanya sebagai asas dan jumlahnya boleh ditambah, Rafidah berkata, masih ada syarikat menggunakan alasan itu untuk tidak melantik wanita berkelayakan.

“Bagi kebanyakan orang, 30 peratus itu bukan ‘base line’ (asas) sebaliknya perlu dipatuhi dan jika jumlah itu sudah dicapai, mereka anggap sudah cukup kuota.



“Mereka pasakkan perkara itu, walhal masih banyak calon yang sesuai.

“Sepatutnya lihat sekeliling mereka yang bagus, jadikan sebagai lembaga pengarah, bukan susah sangat pun sehingga wanita itu kena berhenti kerja. Buatlah ‘head hunting’ (mengesan calon yang layak),” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena



DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker