Pekin Ibrahim Terjah : Datuk Rosyam Nor adalah Pemilik Pertama Proton Satria Neo R3 Versi Lotus Racing Dalam Malaysia.

Pekin Ibrahim Melawat Dan Ini Keadaan Neo R3 Datuk Rosyam Sekarang

Antara kereta yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia terutamanya orang muda atau yang berjiwa muda. Proton Satria (2 pintu) sememangnya satu jentera yang boleh dibanggakan. Dengan rupa bentuk sporty dengan warna garang sudah pasti menjadi rebutan orang terutama anak muda.

Antara model Proton Satria yang hebat adalah Proton Satria versi Neo R3 ( Teknologi Lotus Racing). Kereta Satria Neo ini bukan ‘kaleng kaleng’ tau pada waktu dulu.

Model ini mempunyai pelbagai peningkatan peralatan suspensi, bodykit, cat tulin termasuk peningkatan enjin.



Pada tahun 2010, Proton menghasilkan satu lagi model istimewa yang dinamakan Proton Neo R3 Lotus Racing, yang ketika itu menjadi antara kereta Proton yang paling mahal harga jualannya – RM115,000.00! Model ini menggunakan enjin Campro CPS 1.6 yang dipertingkatkan dengan sistem ECU R3, aci sesondol perlumbaan R3, sistem ekzos lengkap R3 dan penapis udara K&N yang diletak di dalam kotak udara gentian karbon.

Ubahsuai ini meningkatkan kuasa enjin kepada 145bhp. Selain daripada peningkatan kuasa enjin, Neo ini dipasang dengan penyerap hentak bolehlaras buatan Ohlins, sistem brek perlumbaan dari AP Racing dan rim aloi Advanti 16 inci yang dibalut dengan tayar Bridgestone Adrenaline. Ruang dalaman kereta ni pula dibalut dengan kulit Nappa berwarna hijau gelap.

Dilengkapi dengan enjin CamPro CPS 1.6 yang mampu menghasilkan sehingga 145bhp dan 168Nm tork, kereta ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 9.2 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum sehingga 205km/j.

Hanya dihasilkan sebanyak 25 unit sahaja, pemilik pertama kereta ini di Malaysia ialah pelakon terkenal Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin atau lebih dikenali dengan Datuk Rosyam Nor.



Pelakon Pekin Ibrahim yang sekarang bergiat aktif dalam penghasilan video untuk Channel Youtube beliau telah pergi melawat Datuk Rosyam Nor.

Sangat bertuah Pekin Ibrahim apabila Satria Neo R3 dan Datuk Rosyam Nor ada sewaktu Pekin tiba. Dengan keadaan kereta yang masih sempurna walaupun sudah bertahun lamanya. Neo R3 Datuk Rosyam Nor masih nampak garang seperti baru keluar showroom.

Berdasarkan saluran Youtube Pekin Ibrahim, Pekin membuka harga untuk Proton Satria Neo R3 Lotus Racing milik Datuk Rosyam Nor pada RM280,000.



Menurut Datuk Rosyam Nor, kesemua komponen pada kereta miliknya itu seratus peratus masih original, sama seperti sewaktu pertama kali dibeli. Bacaan pada odometer kereta ini ialah 35,176km.

Kereta ini berharga RM115,000 ketika pertama kali diperkenalkan pada tahun bulan Mac tahun 2010.

Selain disertakan dengan kotak gear 5-kelajuan (Manual Transmission) kereta ini juga dilengkapi dengan sistem suspensi Öhlins DFV (Dual Flow Valve) dan mempunyai berat 62kg lebih ringan dari Proton Satria Neo CPS standard.

Ia juga dilengkapi dengan roda aloi Advanti 16 inci bersama dengan tayar Bridgestone Adrenalin 205/45, serta sistem brek cakera dari AP Racing.



Kereta rare ini sudah tentu menjadi rebutan ramai, memandangkan Proton sudah tidak lagi mengeluarkan model ikonik seperti ini.

Rujukan : Motoqar

Artikel by: AwatttSyeikhh Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=OephbompDoA[/embedyt]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker