UMNO kemukakan solusi selesaikan masalah solat Jumaat

Sebaran :

UMNO kemukakan solusi selesaikan masalah solat Jumaat

Masalah jemaah tidak dapat menunaikan solat Jumaat sebagaimana berlaku di Masjid Putra Jumaat lalu tidak akan berlaku sekiranya pihak tertentu melaksanakan cadangan yang diberikan UMNO.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beberapa kali mencadangkan agar solat Jumaat dibenarkan di dewan atau surau yang banyak tersedia di sesebuah kawasan.

Bagaimanapun, katanya, pihak terbabit memilih untuk menimbulkan kontroversi dengan masyarakat apabila masih mengehadkan kehadiran jemaah di sesebuah masjid mengikut SOP ditetapkan.

“Umat Islam yang menonton rakaman video berhubung dakwaan layanan berbeza kepada jemaah yang mahu menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid Jumaat lalu pasti terasa hati. Ibarat cubit paha kiri, paha kanan terasa juga.

“Antara rungutan yang kita boleh dengari dengan jelas dalam rakaman video itu “mahu solat pun perlu guna kabel”. VIP dibenarkan menunaikan solat Jumaat, tetapi orang biasa dilarang.

“Namun, inilah keadaan yang mahu dielakkan semasa saya mencadangkan agar solat Jumaat dibenarkan di dewan atau surau yang banyak tersedia di sesebuah kawasan,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Pada Jumaat lalu, tular satu video yang menunjukkan puluhan jemaah tidak dibenarkan masuk ke Masjid Putra di Putrajaya untuk menunaikan solat Jumaat dengan pihak masjid menutup pintu pagar utama.

Bagaimanapun, pada masa sama, datang seorang VIP bersama pengawal pengiringnya terus memasuki masjid berkenaan tanpa menghiraukan rungutan jemaah sekeliling.

Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, kontroversi berkenaan dijawab pohak pengurusan masjid dengan alasan, kapasiti 300 jemaah telah penuh.

Sedangkan, katanya, individu (VIP) yang datang kemudian dibenarkan masuk kerana telah mendaftar lebihawal.

Menurut beliau, cadangannya sebelum ini adalah bertujuan supaya umat Islam negara ini mempunyai lebih banyak lokasi pilihan untuk menunaikan solat Jumaat di kawasan masing-masing semasa pandemik mahupun endemik.

“Ini sekali gus memberi peluang kepada setiap umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat dengan mematuhi garis panduan dan ditetapkan.

“Dalam keadaan ramai individu dewasa Malaysia dilaporkan telah lengkap dua dos suntikan vaksin, saya fikir cadangan itu mungkin lebih wajar untuk dipertimbangkan pada waktu ini,” katanya. MG


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim


Sebaran :

Leave a Reply