Negeri Juga Boleh Gubal Undang-undang Pecat Wakil Rakyat Lompat

Sebaran :

Negeri Juga Boleh Gubal Undang-undang Pecat Wakil Rakyat Lompat – Shahrir Samad

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Samad berkata negeri-negeri boleh juga menggubal undang-undang ‘Pecat Wakil Rakyat Negeri’ atau ‘Recall Elections State Level’.

Katanya dalam satu hantaran di Facebook, prinsip undang-undang ini jelas.

“Pengundi yang buat keputusan terhadap wakil rakyat mereka sama ada hendak pecat atau tidak.

“Bukan wakil rakyat itu yang menganggapkan kerusi itu hak peribadinya dan dijadikan barang dagangan,” tegasnya.

Tambah Shahrir, semalam bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said memberi taklimat mengenai Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli-Ahli Parlimen 2021 kepada kepimpinan negeri Johor.

Terdahulu pada Khamis minggu lalu, Azalina yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO turut memberi taklimat perkara yang sama kepada barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Menteri Besarnya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Manakala pada 2 Sept lalu, Azalina memaklumkan beliau telah menghantar suatu notis Usul kepada Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 49(1) untuk Rang Undang-undang (RUU) Ahli yang Bukan Ahli Kerajaan pada hari sebelumnya.

Jelas Azalina usul RUU yang dicadangkan bertajuk Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021 yang disifatkan beliau selari dengan inisiatif ‘Anti Lompat Parti’ yang sedang diusahakan kerajaan.

Secara dasarnya, akta tersebut sekiranya diluluskan kelak akan memberikan kuasa kepada rakyat bukan sahaja untuk memilih tetapi memecat wakil rakyatnya dalam beberapa senario lompat parti.

Begitu juga pada Isnin minggu lepas, ketika sesi Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Yang Ke-14, Ketua Pembangkang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan sudah tiba masanya untuk Akta Anti Lompat Parti dilaksanakan di negeri berkenaan.

Jelas Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO tidak menjadi masalah untuk Negeri Sembilan menguatkuasakan undang-undang tersebut meskipun di peringkat Parlimen tidak dilaksanakan lagi. UMNO ONLINE

Negeri Juga Boleh Gubal Undang-undang Pecat Wakil Rakyat Lompat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim


Sebaran :

Leave a Reply