Miming Gatal Janna Nick dalam AIM23 makan diri

Miming Gatal Janna Nick dalam AIM23 makan diri

Pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick sedar tindakannya menyanyikan lagu Gatal di pentas Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) sebagai satu percaturan yang memalukan diri sendiri.

Janna berkata, dia terpaksa membuat persembahan secara ‘miming’ di pentas AIM23 malam tadi berikutan masalah kesihatan disebabkan serangan Influenza sejak dua minggu lalu.



“Saya minta maaf kerana dianggap memalukan AIM23 kerana ‘miming’ di pentas anugerah berprestij #AIM23.

“Peluang untuk menyanyi di pentas besar sebaris dengan penyanyi-penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang memang dah lama saya impikan.

“Ketika pertama kali ditawarkan saya sangat berbesar hati. Akan tetapi sejak saya dijangkiti Influenza dua minggu lalu, kesihatan saya amat terganggu,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Pada acara tersebut yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Janna menimbulkan persoalan ramai apabila dilihat menyanyi secara ‘miming’ untuk lagu Gatal.



Kata pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, 27, itu, dia tidak menyangka keputusan menerima peluang tersebut dalam keadaan kesihatan kurang memuaskan memakan diri.

“Saya meneruskan penggambaran #melastikkehatimu2 di Jakarta dan memenuhi undangan di Singapura walaupun telah dinasihati doktor untuk berehat.

“Tanpa saya sedar pilihan saya memakan diri,” katanya lagi yang turut mendapatkan rawatan ketika berada di Indonesia, baru-baru ini.

Terdahulu, netizen mempersoalkan nyanyian Janna di pentas berprestij AIM23 yang didakwa terlalu sempurna tanpa sebarang cela hingga kelihatan seperti ‘miming’.



Susulan itu ada kalangan pemerhati meninggalkan komen menyatakan persembahan ‘miming’ dalam acara besar besar menjadikan majlis juga tampak murah.

Malam tadi, Janna masih mengalami masalah tekak dan suara serak terus bergegas pulang kerana kurang sihat.

Pada edisi ke-23 AIM, selebriti yang turut bergelar penerbit dan pengarah itu meraih trofi Video Muzik Terbaik menerusi lagu Gatal arahan Chuan Looi.

Kemenangan berkenaan sekali gus melayakkan dirinya menerima Dana Kandungan Digital atau DKD Industri Muzik berjumlah RM20,000 sebagai bentuk galakan dan insentif kepada penggiat industri muzik. K Online



Miming Gatal Janna Nick dalam AIM23 makan diri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin



Noor Nabila kecil hati dengan suami

Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker